Slider

Lelaki maut dibaham singa selepas cubaan menculik anak haiwan itu gagal



Seorang lelaki maut dibaham singa selepas dia cuba mencuri anak haiwan itu dengan menyelinap masuk ke kandang mereka di sebuah zoo. 


Penceroboh yang dipercayai berusia 30-an itu dibunuh oleh singa tersebut selepas mangsa melompat masuk ke dalam kandangn itu di Zoo Accra di Ghana. 


Pegawai zoo mengesahkan, kakitangannya menemui mayat mangsa di dalam kandang haiwan pemangsa itu pada petang Isnin. 


Agensi Suruhanjaya Perhutanan Negara berkata, "Penceroboh itu diserang dan dicederakan oleh salah seekor singa di dalam kandang terebut". 


Lapor portal Joy Online, lelaki itu menceroboh kandang singa untuk mengambil anak haiwan tersebut. 


Namun, pegawai zoo pula berkata pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif sebenar lelaki itu berbuat demikian. 


Mayat mangsa diambil dan dibawa ke bilik mayat berhampiran selepas penjaga zoo mengumpan haiwan itu ke dalam lubang persembunyian mereka tiga sekeluarga. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo