Slider

Lelaki Myanmar campak 3 budak dari ketinggian 20 meter di MRR2 sebelum terjun dari lokasi sama



Seorang lelaki warga Myanmar nekad mencampak tidak kanak-kanak dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari ketinggian 20 meter sebelum bertindak terjun dari tempat yang sama. 


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.50 pagi berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya. 


Siasatan awla mendapati, lelaki berusia 38 tahun itu dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak (5 tahun) dan diikuti dua lagi kanak-kanak  (6 hingga 8 tahun) yang dipegang di tangan kanan dan kirinya. 


Difahamkan, mereka juga memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).


Seorang saksi berkata, dia cuba menghampiri lelaki itu. Tetapi lelaki terbabit secara tiba-tiba mencampak kesemua kanak-kanak itu sebelum terjun dari tempat kejadian. 


Kesemua mangsa ditemui di tepi jalan raya. Pegawai perubatan yang datang ke lokasi mengesahkan lelaki dan dua kanak-kanak Myanmar itu meninggal dunia serta-merta. Manakala seorang lagi mangsa kanak-kanak parah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan berikutan keadaannya sangat kritikal. Mangsa disahkan mengalami kecederaan dalaman di perut dan keretakan di rusuk kiri. 


Sementara itu,semua mayat berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. 


Kesi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berdekatan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo