Slider

'Memang saya nak tunjuk saya solat, sebab geram dengan netizen kata saya ahli neraka' - Ifa Raziah



Baru-baru ini penyanyi dangdut Ifa Raziah atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, 47, membuat siaran langsung (live) di Instagram yang menunjukkan dirinya mengerjakan solat tahajud. 


Menurut Ifa, dia sememangnya sengaja berbuat demikian dan sekali gus menjawab tuduhan netizen kononnya dia mahu mencabar Allah. 


"Saya memang nak tunjuk yang saya solat dan saya jaga hubungan dengan Allah. Malah, sebelum masuk waktu, saya dah bersedia untuk solat.


"Saya nak membuktikan saya ingat Allah dan tak pernah cabar Allah walaupun saya hina di mata manusia, tapi insyaAllah tidak pada Allah," katanya. 




Jelas Ifa lagi, dia sedar bahawa ibadah tidak perlu ditunjuk tetapi disebabkan terlalu geram dengan netizen yang gemar melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas memaksa dia untuk berbuat demikian. 

"Sebab orang (netizen) asyik cakap saya jahil dan ahli neraka kerana katanya saya ini cabar Allah. Kalau saya cabar Allah, takkanlah saya solat?


"Sebenarnya ibadah ini tak pernah tunjuk tapi saya geram dengan netizen yang mengata dan menuduh saya bukan-bukan," katanya. 


Berkata kepada portal Astro Gempak, Ifa mengakui sudah menjadi rutinnya setiap hari untuk bangun seawal jam 4.30 untuk tahajud dan seterusnya menunaikan solat Subuh, mengaji dan berzikir sebelum kembali tidur pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. 


Dalam masa sama, dia juga sentiasa cuba memperbaiki diri dan hanya Allah sahaja yang tahu proses perubahannya yang lebih baik daripada dulu cuma masih belum terbuka hati untuk berhijab. 



Menggulas mengenai penyertaannya dalam program baharu TV3, Terpaling Juara, di mana dia akan berentap dengan penyanyi baharu, Ifa yakin dia mampu memberi saingan serta teruja untuk menjayakan program tersebut. 


Sebelum membuat keputusan menerima tawaran itu, Ifa mengakui dia sudah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. 


"Saya kalis kecaman, kalau tidak, tiadalah saya di sini selama 27 tahun. Kecaman tidak mendatangkan kudis kepada saya. Sebenarnya kecaman itu bagus untuk diri saya agar berpijak di bumi nyata. 


"Kita kena ambil tahu dan dengar kecaman orang ramai. Semuanya untuk kita memperbaiki diri. Melalui kecaman, barulah kita tahu kelemahan diri. Jadi kita boleh betulkan diri kita. Saya ambil kira kecaman atau teguran diberi," katanya. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo