Slider

Pelajar dipukul senior sehingga pecah gegendang telinga kerana lapor kegiatan mereka hisap vape kepada guru



Tiga pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama penuh di Bandar Kemaman mendakwa telah dibelasah sekumpulan pelajar senior pada 23 Ogos lalu. 


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kesemua mangsa buli membuat laporan polis pada 27 Ogos. 


Laporan pertama yang dibuat pelajar berusia 14 tahun mendakwa, dia telah dipukul sekumpulan pelajar terbabit sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah dan lebam di badan. 


Pada hari yang sama, dua lagi pelajar berusia 13 dan 15 tahun pula membuat laporan di Balai Polis Chukai yang mendakwa mereka juga dipukul sehingga lebam di seluruh badan oleh sekumpulan pelajar senior yang sama.


Ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan. 


Siasatan awal mendapati, mangsa dipukul kerana pelajar senior tidak berpuas hati kerana mangsa melaporkan kegiatan mereka menghisap vape kepada guru. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan 11 pelajar berusia 13 hingga 16 tahun di sekitar Bandar Chukai dan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan keran merusuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo