Slider

Pelajar Perempuan Tingkatan 3 antara 14 yang ditahan bersama 63 pil dadah



Polis menahan 14 individu termasuk seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Wakaf Che Yeh, awal pagi Khamis, 11 Ogos 2022. 


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan itu pada jam 1 pagi yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah menahan sembilan lelaki dan lima perempuan berusia 15 hingga 32 tahun. 


Turut ditemui, 10 biji pil psikotropik, sebiji pil Erimin 5 dan 48 biji pil ektasi yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM450. 


"Kesemua tangkapan berumur 15 hingga 32 tahun termasuk seorang pelajar perempuan sekolah menengah di Tanah Merah.


Hasil soal siasat, salah seorang daripada tangkapan mengaku dadah jenis pil ekstasi adalah miliknya yang diperoleh daripada lelaki Thailand yang dikenalinya semasa berhibur di sebuah kelab di Golok, Thailand. Malah, urusan jual beli dadah juga di dalam sebuah kelab di Golok," katanya.


Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek menunjukkan, empat daripada mereka positif dadah dan kebanyakan mereka mempunyai rekod jenayah lampau. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo