Slider

Penganggur maut ditetak 4 lelaki, ketika sedang makan di kedai



Seorang lelaki maut ditetak oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Tampoi Indah, kelmarin. 


Ketua Polis Daeraeh Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.10 malam, lalu mengerahkan anggota dan pegawainya ke lokasi. 


Sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa berusia 29 tahun mengalami kecederaan parah di seluruh badan sebelum dihantar ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia. 


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat. 


Siasatan awal mendapati, mangsa yang merupakan penganggur ketika itu sedang makan di sebuah kedai. Tidak beberapa lama kemudian, datang sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna putih dan empat lelaki memakai topeng muka (ski mask) keluar dari kenderaan itu. 




Dengan berbekalkan senjata dipercayai parang, empat suspek terbabit menyerang mangsa tanpa belas kasihan sebelum beredar lokasi kejadian. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai berdekatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Berita Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo