Slider

Penyanyi Bangladesh ditahan polis & dipaksa berhenti menyanyi kerana suaranya sumbang & wajahnya terlalu hodoh



Seorang penyanyi di Bangladesh ditahan polis pada jam 6 pagi Khamis lalu kerana suaranya sumbang dan wajahnya terlalu hodoh untuk menjadi penyanyi. 


Hero Alom atau nama sebenar Ashraful Alom Saeed mendakwa, dia turut dipaksa oleh polis untuk menandatangani notis permohonan maaf dan berhenti menyanyi ketika disoal siasat selama lapan jam di ibu pejabat polis. 


"Semua orang bertanya soalan kepada saya dan saya terpaksa menjawab semua soalan itu tanpa henti. Kemudian tiba-tiba seseorang itu mencengkam rambut saya dan bertanya apakah saya mempunyai wajah seperti 'hero' (wira)," katanya kepada media. 


Difahamkan, pihak berkuasa tidak berpuas hati dengan video yang dimuat naik Alom yang menyanyikan lagu klasik oleh pemenang Anugerah Nobel, Rabindranath Tagore dan penyair negara, Kazi Nazrul Islam. 


Polis berkata, mereka mendapat banyak aduan orang ramai yang meminta Alom berhenti menyanyikan lagu-lagu tersebut kerana ia menjengkelkan.


Alom kemudian memohon maaf di atas nyanyiannya yang sumbang, selain kerana memakai pakaian seragam polis dalam klip video kontroversi itu, tanpa keizinan.


"Dia mengubah sepenuhnya gaya tradisional nyanyian lagu itu. Tetapi dia memberi jaminan kepada kami bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatannya lagi," kata Detektif Dhaka, Harun ur Rashid. 


Sumber: New York Post, Kosmo Online, Sindo News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo