Slider

'Pokok hutan akan tumbuh sendiri' - MB Kedah tolak gesaan NGO tanam 100 juta pokok di sekitar Gunung Inas untuk elak banjir



Jumaat lalu, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Prof Dr Ahmad Ismail menggesa kerajaan negeri Kedah menanam semula 100 juta pokok di seluruh kawasan kompleks Hutan Simpan Gunung Inas, selepas persekitarannya mengalami kerosakan teruk akibat aktiviti penggondolan sebelum ini yang terdedah kepada risiko bencana banjir. 


Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penduduk kawasan sekitar Gunung Inas akan terus terdedah kepada ancaman banjir lumpur dan aliran puing terutamanya pada musim hujan. 


Malangnya, kerajaan negeri Kedah tidak menerima gesaan itu atas alasan yang tidak masuk akal di mana Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pokok hutan akan tumbuh secara semula jadi dengan mengambil contoh kawasan yang ditebang untuk pembalakan sebelum ini akan kembali menjadi hutan selepas 30 tahun. 


"InsyaAllah pokok hutan itu akan tumbuh sendiri. Semua hutan di Kedah ini tidak ada siapa bawa benih pi tanam. Semua Allah yang tumbuhkan, jadi nak pulih macam mana hutan?


"Pasal kalau kita baik pulih macam mana pun dia (kawasan rosak) sudah menjadi laluan air. Pada masa akan datang pun ia tetap akan menjadi laluan air. 


"Kalau tempat laluan air memang macam itulah (rosak). Di hutan lain pun, bukan di Gunung Inas saja, banyak lagi di Pahang, Terengganu dan negeri lain tapi media tumpu Gunung Inas mungkin kerana Gunung Inas popular," katanya. 


Dalam kejadian 4 Julai lalu, 12 kampung di sekitar daerah Baling terjejas disebabkan bencana banjir dan banjir puing yang turut meragut tiga nyawa termasuk wanita hamil empat bulan. 


Lebih 800 rumah penduduk terjejas, 15 kediaman lenyap dan 18 lagi rosak teruk akibat terkena kayu balak yang hanyut dibawa kepala air dari arah gunung. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo