Slider

Remaja perempuan ditahan bersama 3 rakan lelaki dalam bilik motel, 'sarung getah' sudah dipakai ditemui dalam tong sampah



Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan bersama tiga rakan lelaki dalam sebuah bilik motel di Padang Temusu, Kedah, pada awal pagi Selasa, lapor Sinar Harian.


Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, serbuan yang dilakukan anggota penguatkuasa agama pada jam 1 pagi itu berjaya menahan remaja terbabit bersama dengan tiga rakan lelakinya berusia dari 18 hingga 21 tahun. 


Ketika melakukan pemeriksaan di bilik motel itu, anggota penguatkuasa menemui kondom yang disyaki telah digunakan di dalam tong sampah. 


Dalam serbuan yang disertai 15 anggota yang terdiri dari kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan Skuad Badar itu kemudian menahan seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun, bersama dengan seorang ibu tunggal berusia 45 tahun. 


Warga emas terbabit sanggup menghubungi besannya untuk meminta bantuan bagi mengelakkan perbuatannya diketahui oleh keluarga. Manakala ibu tunggal itu pula menghubungi anak perempuannya untuk datang menjamin. 


Dalam serbuan yang diketuai oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin, telah menahan 10 individu berusia antara 15 hingga 60 tahun. 


Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Petani bagi laporan tangkapan dan seterusnya meminta waris masing-masing datang untuk tindakan lanjut. 


Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih dari RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo