Slider

'Suara saya sedap, dah improved' - Vida sangkal dakwaan rosakkan industri muzik & akui guna 'autotune'



Beberapa hari lalu, vokalis Wings, Awie, tampil membidas kemunculan ahli perniagaan kontroversi dan TikTokers yang didakwa menjahanamkan industri muzik negara dengan menerbitkan lagu dengan suara sumbang, selain menggelar diri mereka sebagai penyanyi nombor satu negara. 


Terasa dengan dakwaan itu, ahli perniagaan kontroversi, Hasmiza Othman atau Vida tampil menyangkal kenyataan itu dan menegaskan kehadiran mereka bukan untuk merosakkan industri muzik. 


Berkata kepada portal Media Hiburan, Vida meminta semua pihak bersikap lebih terbuka dan memberi ruang dan peluang kepada mana-mana individu yang mahu mengeluarkan lagu sendiri. 


"Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap. Dia nyanyi satu lagu, lepas itu dah improved. Suara saya pun dah improved. 


"Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu. Tapi saya dapat dan lagu ini bukan genre untuk viral, it's a serious song dan suara saya sedap. 


"Tiada orang di Malaysia ada benchmark itu. Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung. Kena buka minda dan menerima benda itu untuk dijadikan pengajaran jika ia baik untuk dicontohi. 


"Autotune pun tak kisahlah, gunalah teknologi yang ada!," katanya. 


Sejak ahli perniagaan Aliff Syukri memuat naik lagu single baharunya Baby Sayang, duet bersama Baby Shima, ramai pihak termasuk selebriti mengecam lagu tersebut yang dikatakan sumbang. 


Keadaan bertambah teruk apabila ahli perniagaan itu perasan bahawa dirinya adalah penyanyi nombor satu negara berikutan viral itu trending di laman YouTube, sedangkan ia trending disebabkan majoriti rakyat Malaysia meluahkan rasa menyampah dan meluat. 


Pengarah Muzik RTM, Mokhzani Ismail, juga mengeluarkan kenyataan bahawa suara Aliff Syukri adalah sumbang dan sekiranya dikeluarkan dalam bentuk fizikal CD, belum tentu ada yang mahu membelinya.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo