Slider

Tindakan Cuepacs ancam berpiket jika gaji penjawat awam tidak dinaikkan, dianggap sebagai khianat & kufur nikmat terbesar

Foto Malaysia Gazatte


Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menganggap tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengugut akan bersama penjawat awam berpiket di Putrajaya sekiranya tuntutan kenaikan gaji tidak ditunaikan, sebagai satu kekufuran yang besar. 


Presiden Cassa, Jacob George juga menganggap ugutan yang dibuat itu sebagai satu pengkhianatan. 


"Mereka lupa bahawa rakyat Malaysia biasa mahupun sektor swasta terjejas dari segi kewangan ketika penutupan ekonomi akibat pandemik Covid-19. Manakala penjawat awam pula menikmati faedah, gaji dan juga bonus mereka," katanya. 


Terdahulu, Cuepacs mendesak kerajaan menunaikan permintaan mereka untuk menaikkan gaji penjawat awam sebelum pilihan raya umum atau berdepan dengan risiko penjawat awam berpiket di Putrajaya. 


Desakan itu dibuat susulan tiada tindakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meskipun cadangan menaikkan gaji kakitangan Gred 19 ke Gred 29. 


Cuepacs turut menggesan kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi krisis kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkap. Malah Cuepacs mengatakan, struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan sejak 2002, tidak pernah dikaji semula bagi penyelarasan mengikut keperluan zaman semasa. 


Selain itu, Cuepacs juga memohon kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan gaji minimum RM1,800, dua kenaikan setiap tahun, sistem saraan lebih berkesan (adil dan saksama), elaun pelbagai tugas, elaun batik dan pakaian kebangsaan dan beberapa lagi cadangan yang lain. 


Sumber: Free Malaysia Today

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo