Slider

(Video) 'Bodoh nak jawab soalan macam tu' - Sifu perniagaan koyak bila netizen tanya soalan bisnes apa yang dia berjaya



Semua orang mahu mencapai kejayaan dalam apa jua jenis perniagaan yang diceburi. Bagi mencapai kejayaan itu, sudah tentu masing-masing mempunyai 'idola' sendiri untuk mendapatkan ilmu atau tips agar tidak tersilap dalam membuat keputusan di kemudian hari. 


Itulah yang cuba dilakukan oleh Farqhan dalam usaha untuk mengembangkan ilmu perniagaan dengan bertanyakan soalan kepada 'Sifu Perniagaan', Najib Asaddok dalam live di TikTok. 


Menurut Farqhan, dia bertanya kepada Najib selain menganjurkan kursus belajar tentang perniagaan, apa lagi perniagaan lain yang dilakukan dan telah terbukti berjaya. Soalan itu pada pandangannya hanyalah soalan biasa yang mungkin boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada yang lain untuk lebih bersemangat. 


"Encik Najib, selain kursus ajar business, business apa yang Encik Najib dah buat dan terbukti berjaya?"


Malangnya, Najib dilihat tidak begitu gemar dengan soalan itu dan menganggap pertanyaan Farqhan itu cuba menjatuhkan dia dalam sesi live tersebut. Malah dia sempat sekolahkan Farqhan sebelum menghalaunya keluar dari sesi tersebut. 


"...soalan-soalan yang macam.. bodohlah saya nak jawab. Ada seorang individu ini bertanya, apa business yang berjaya? You (Farqhan) berjaya apa? Saya nak tanya, you tu berjaya apa? Apa yang you berjaya selain berjaya nak membongak (menipu) dalam (ruangan) komen tu? 


"You all berjaya apa? Ada buat kelas untuk usahawan? Ada ajar diorang? Ada bagi semangat? Kalau datang ke sini sekadar nak menjatuhkan semangat orang, keluar, tak payah nak duduk dalam ni. Kan? Bodoh nak jawab soalan macam tu. 


"Kalau saya tak berjaya, tak ada orang nak follow. Kalau memandang buat kelas, mengajar orang itu hina, anda menghina pekerjaan Rasulullah. Rasulullah menyampaikan ilmu, mendidik dengan sabar. Macam inilah Rasulullah punya cabar, ada orang akan menghina. 


"Saya faham anda punya air liur tiada sesiapa nak beli. Saya faham, jangan kecewa. Tak salah petik nama Nabi, takkan nak petik nama syaitan dengan iblis? Nampak tak kebodohan orang kita?" katanya. 


@farqhan.com #jombelajar #learnontiktok #businessguru ♬ original sound - farqhan.com


Bagi Farqhan dia hanya sekadar mahu mengetahui perniagaan Najib yang telah berjaya agar dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada orang lain. Dan tidak menyangka begitu reaksi sifu perniagaan yang diikutinya selama ini.


Sementara itu di ruangan komen, netizen berpendapat Farqhan hanya sekadar bertanya dan tiada keperluan untuk membalasnya dengan sindiran sedemikian. 







Sumber: TikTok Farqhan

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo