Slider

(Video) 'Bongok sangat iklan ko' - Buat iklan double meaning untuk jual tudung muslimah, Aliff Syukri dikecam netizen



April 2021, ahli perniagaan, Aliff Syukri pernah mengatakan dirinya sudah bertaubat dari menimbulkan kontroversi, riak dan yang sewaktu dengannya kerana enggan terus dikecam pelbagai pihak. 


Menurut Aliff, dia mengakui berasa malu dengan anak-anak yang semakin membesar dan berazam menjadi lebih matang. 


"...saya ingin menjadi lebih matang. Saya pun dah tua, umur 34 tahun dan anak saya pun dah meningkat remaja jadi mereka pun sudah boleh baca komen (netizen terhadap saya) di media sosial dan saya pun rasa malu. ...saya dah bertaubat. Saya enggan lagi meriak-riak.


"Sebenarnya saya merasakan hidup tanpa kontroversi ini lebih seronok dan saya sebenarnya dah lama ingin jadi macam ni (tanpa kontroversi) tetapi orang tetap mencari salah saya," katanya. 


Bagaimanapun, kata-kata itu hanya tinggal kata-kata. Baru 18 jam lalu, Aliff Syukri memuat naik video di Instagram yang mempromosikan tudung muslimah dengan intro double meaning. Dalam iklan itu, isteri dan anak perempuannya juga memperagakan tudung tersebut.


Di ruangan komen, netizen termasuk selebriti meluahkan rasa kesal dengan tindakan Aliff yang menggunakan cara murahan itu untuk menarik perhatian pengguna media sosial. Apatah lagi cara itu tidak sesuai digunakan untuk mempromosikan produk tudung muslimah. 


Rozita Ibrahim, turut meluahkan rasa terkejut dan membidas iklan itu yang dilabelkan sebagai 'bongok' kerana tidak memikirkan kesan negatifnya. 


"Semakin tak cerdik. Tak malu ke dekat anak?" kata Mokhtar. 


"Benda macam ni, boleh report kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tak?" kata Muhammafis. 


"Marketing sampai tak tahu halal dan haram. Yang penting, masyuk!" kata Sharimi. 



Walaupun ramai yang mengecam video itu, pemilik akaun tidak mengambil sebarang tindakan untuk meredakan keadaan dan seolah-olah membiarkan saja netizen membanjiri ruangan komen. 


Seperti yang dikatakan oleh bekas pengacara Motif Viral, pempengaruh media sosial kebanyakannya sengaja memuat naik video kontroversi walaupun tahu perbuatan itu akan mengundang kecaman ramai. Namun disebabkan mahu mendapatkan perhatian atau melariskan sesuatu, etika menggunakan media sosial diketepi bagi memastikan 'keuntungan' tercapai. 


Sumber: IG Aliff Syukri

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo