Slider

(Video) 'Bukak pintu ni woi!' - Lelaki pecahkan cermin kereta & ugut pemandu wanita



Tular di media sosial minggu lalu, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta yang dipandu seorang wanita sebelum mengugut mangsa. 


Pemangku Keetua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian itu berlaku di kawasan simpang empat Limbat, Kota Bharu dan pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 35 tahun. 


Berdasarkan laporan itu, polis telah mengenal pasti suspek terbabit berusia 40 tahun. Serbuan yang dilakukan ke rumah suspek di Nilam Puri pada jam 2.30 pagi Sabtu lalu bagaimanapun mendapati, suspek telah melarikan diri. 


Menurut mangsa, dia ketika itu sedang memandu kereta Perodua Axia secara bersendirian sebelum dihimpit kereta Toyota Vios yang dipandu suspek pada jam 5.45 petang hari kejadian. 


Suspek dikatakan menghalang laluan mangsa secara tiba-tiba dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian keluar menghampiri kereta mangsa, lalu dipecahkan menggunakan objek tumpul di tangan dan mengugut mangsa. 


Polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 dan Seksyen 427 kanun sama. 





Sumber: Kosmo Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo