Slider

(Video) 'Bukan manja dah ni tapi...' - Netizen meluat tengok individu relakan tangannya digigit pasangan



Tular di media sosial video menunjukkan seorang wanita menggigit tangan individu yang merakam video tersebut, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Menurut kapsyen dalam video tersebut, "Inilah dia akan buat setiap kali jumpa, nasib baik sayang". 



Bagaimanapun, sejak dimuat naik di Twitter, video itu telah ditonton hampir 800 ribu kali dan majoriti netizen meluahkan rasa meluat melihat perbuatan wanita terbabit. 


"Dah boleh bawak berubah dah tu bang. Bukan manja dah ni, ini lebih pada terencat akal," kata Amende Sial. 


"Perangai yang pepelik pun ada yang nak. Aku yang normal cukup sifat ni pun kena ghosting je. Adakah aku kena jadi beruk, baru ada yang nak?" kata Jue Myraa. 


"Tak busuk ka tangan tu bekas air liur perempuan tu? Jangan membongak la kata tadak bau. Yang kerap berus gigi dengan pakai mouthwash pun still air liur ada bau," kata Wan Ariff. 


Bagi segelintir netizen berpendapat, video seperti itu tidak sepatutnya dikongsikan di media sosial.


"Keep it private la, personal joke or display of affection between the two of you. No need to tell the whole world coz you cheapen the act. Common sense takda ka?" kata Yuz Ollie. 





Tidak kurang juga yang berasa kurang senang dengan penggunaan ayat 'terencat akal' yang dianggap terlalu kasar dan memberi persepsi yang buruk terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU). 


"Mungkin tak perlu gunakan term 'terencat akal' kot. Dah 2022, boleh mula belajar pasal ableism dan tak perlu tambah stigma terhadap OKU," kata Hasbee.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo