Slider

(Video) 'Dah dapat view banyak kan bang? FYP kan?' - Najib Asaddok reda tapi pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap Farqhan



Kes 'sifu perniagaan' koyak apabila diajukan soalan oleh netizen, masih menjadi bualan di media sosial. Terbaru, Najib Asaddok tampil mendakwa Farqhan sengaja bertanyakan soalan provokasi itu bagi tujuan menjatuhkannya. 


Najib terdahulu memuat naik video menunjukkan beberapa usahawan yang telah mengecapi kejayaan dalam bidang masing-masing setelah menghadiri kelasnya. Bagaimanapun, ruangan komen bagi video telah ditutup.


Video itu dipercayai dimuat naik bagi menjawab soalan Farqhan yang sebelum ini bertanya mengenai perniagaan apa yang dilakukan oleh Najib yang telah terbukti berjaya.


"Dalam video itu kan saya cakap, 'bodohlah saya kalau saya jawab'. Bodoh tu untuk saya, saya tak suka nak cakap orang lain bodoh. 


"Silap saya juga terlayan provokasi itu. Dia komen dari awal lagi, soalan yang sama dan rekod siap-siap. Dah captured, rekod live tu. Dah dapat view banyak kan bang? FYP kan? Nak juta-juta view, lepas tu nak tarik followers kan? 


"Lepas ni tak tahulah mungkin ada beberapa episod. Entah-entah sampai 88 episod semata-mata nak menjatuhkan saya kan? Tapi tak apalah, saya reda," katanya. 


@najibasaddok #stitch with @farqhan.com Takper lah abang, rezeki awak dapat viral ye? 😊 #najibasaddok ♬ original sound - Najib Asaddok


Walaupun 'reda' dengan apa yang berlaku, Najib berkata dia telah menghubungi peguamnya untuk bertanya mengenai apa tindakan yang boleh dikenakan terhadap Farqhan. 


"Jap, jap, jap.. lawyer dah jawab soalan saya ni tadi. Nak catch up sekejap dengan lawyer,  ada apa-apa tindakan tak yang boleh saya ambil," katanya. 


Sementara itu, netizen sehingga kini masih tertanya-tanya soalan yang sama, apakah perniagaan yang dilakukan oleh Najib (selain menganjurkan kelas ilmu perniagaan) yang telah terbukti berjaya. 


Tidak kurang juga yang tampil mempertahankan Farqhan di mana tindakan lelaki berkenaan membuat rakaman video adalah untuk belajar dan dijadikan sebagai rujukan di kemudian hari. 







Sumber: TikTok Najib Asaddok

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo