Slider

(Video) 'Dia nampak macam perogol bersiri' - TikToker nafi pakai seksi, tegaskan lelaki terbabit pandang dia dengan pandangan gatal



Susulan tular video seorang lelaki memarahi peniaga di Negeri Sembilan Festival 2022 (NSFEST) baru-baru ini hanya kerana menegur pemakaian isterinya, akaun TikTok wanita terbabit dihujani dengan pelbagai pertanyaan bagaimana pemakaiannya pada hari kejadian. 


Tuan empunya badan, Mia Khalidah, tampil menunjukkan cara pemakaiannya dan sekali gus menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut. 


BACA: (Video) 'Abg takde adab dengan isteri saya, saya takde adab dengan abg!' - Peniaga NSFEST kena marah sebab tegur penampilan isteri orang, tapi... 


"Saya post bukan sebab nak orang kecam abang tu, saya post sebab abang tu memang nampak gatal. Dari jauh dia dah pandang atas bawah dengan pandangan nak terkam. Saya suruh hati-hati sebab takut orang lain kena ganggu atau raba atau apa-apa sebab dia nampak macam perogol bersiri. 


"Tak tahulah dia abang ke adik sebab memang muda lagi dalam usia 20-an macam tu kot dan dia bukan pakcik ya guy's. 


"Masa tu saya jalan seorang sebab suami saya dah jalan ke depan. Bila saya lalu sebelah dia, terus dia cakap 'Tak malu ke pakai macam ni?' dengan nada menyindir dan biadab. Dia cakap tu slow je macam sekali lalu macam tu dan dia ingat saya tak dengar apa yang dia cakap. 


"Saya pun terus jalan ke depan sebab macam tak dengar sangat dan masih blur lagi masa tu. Pastu baru saya macam boleh brain ayat dia. Saya stop dan pandang belakang, dia masih pandang saya macam atas bawah dengan pandangan yang gatal. Hanya perempuan je boleh tahu lelaki tu pandang macam mana. 


"Dia bukan 'tegur' saya macam yang orang semua fikir tu. Dia memang sindir atau mengata. Tak tahulah nak explain macam mana. Saya beritahu suami saya sebab saya rasa itu macam harassment, bukan teguran. 


"Suami saya pergi tu bukan terus sound. Dia bagi salam dan tanya, "Abang cakap apa dekat isteri saya tadi?". Dia terkejut dan minta maaf sebab dia tahu salah dia. Mungkin dia ingat saya jalan seorang diri, dia cuba nak kacau-kacau tapi lain pula jadinya. 


"Saya minta maaf kalau seorang orang rasa saya dan suami biadap dengan abang tu. Suami saya marah sangat sebab itu bukan teguran tetapi harrasment. 


"Saya manusia biasa, tak sempurna dan memang betul saya tak menutup aurat. Saya boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka, tak pernah melenting pun kalau orang tegur. Cuma silap suami saya cakap pasal dosa tu yang buat semua orang triggered. 


"Suami saya selalu je tegur (pemakaian) saya sejak kitorang nikah dan saya terima dengan hati yang terbuka. Cuma saya berubah perlahan-lahan, bukan terus berubah secara drastik bertudung, berjubah tu semua. Dia dah jalankan tanggungjawab, dia tegur saya cuma saya yang belum betul-betul berubah. So, suami saya tak dayus. Itu dosa saya sendiri, bukan dosa orang lain. 


"Mungkin dia tengah marah sangat masa tu, jadi dia pun tak fikir apa yang dia cakap dan main lepas je ya. Itu salah dari pihak kami. So baru saya tahu macam mana perasaan suami bila isteri diganggu lelaki lain. 


"Saya takkan marah kalau orang tegur baik-baik dan bukan menyindir atau mengganggu macam tu. Saya harap korang faham dengan apa yang saya jelaskan ini. Terima kasih kepada semua yang tegur dan ambil berat. Semoga kita semua sama-sama berubah ke arah kebaikan dan dipermudahkan segala urusan," katanya. 


@miakhalidah Replying to @orenorenorenn mungkin sbb saya tak bertudung.. #itubukanpakcikyaguys #itubukanteguran #ituharrasment ♬ Эта любовь - Amirchik


Dalam pada itu, Mia turut menunjukkan cara pemakaiannya apabila berada di tempat awam. Malah Mia menegaskan dia juga faham akan sensitiviti dan batasan bila sudah mendirikan rumah tangga. 


"Saya pakai bajnu macam ni tak nampak pun buah dada terkeluar. Saya pun ada otak boleh fikir, takkan nak pakai bikini pergi tempat-tempat yang ramai orang macam tu. 


"Saya ada suami, takkanlah saya nak pakai benda yang menarik perhatian orang lain, tak menjaga maruah suami? Cuma saya belum bertutup litup, tapi saya cuba perlahan-lahan. InshaAllah. Saya pakai macam ni pu ndia tengok macam nak terkam. Saya pun keliru," ujarnya. 


Sumber: TikTok Mia Khalidah

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo