Slider

(Video) 'Menteri Pendidikan buat apa kat ibu saya ni sampai dia nak berhenti jadi cikgu?' - Pengadu



Jasa seorang guru dalam mendidik anak-anak murid tidak terbalas. Kerana itu juga, ada pepatah yang menyebut guru ibarat lilin. Bagi seorang guru pula, melihat anak-anak murid sudah berjaya di dalam kehidupan merupakan satu pencapaian besar bagi diri mereka.


Namun begitu, seiring dengan masa dan perubahan, tugas guru kini dilihat kian mencabar. Tugas guru kini dikatakan bukan hanya mendidik pelajar, malah ada tugasan lain yang perlu diselesaikan.


Di TikTok, seorang gadis mendedahkan bebanan kerja yang ditanggung oleh ibunya sehingga mengalami tekanan kerja yang sesekali menyuarakan keinginan untuk berhenti kerja.


"Menteri Pendidikan buat apa kat ibu saya ni? Apa yang pengetua suruh ibu saya buat ni? Kerja apa yang diorang bagi kat ibu?


"Banyak sangat kerja ibu ni. Tidur tak cukup, makan tak teratur. Sampai ibu nak berhenti jadi cikgu," katanya.


@urlastexxxxxx sian nya ibu 😭 #sad #menteripendidikan #pengetua #pendidikan #sadvibes ♬ untukmu aku bertahan - love?


Majoriti netizen bersetuju dengan gadis ini dan mendakwa itu sebenarnya realiti kehidupan seorang guru.


"Bila kenang balik macam mana ibu aku buat kerja, kalah aku yang muda. Pukul 3 pagi lagi dah tanda-tanda buku. Sampailah ada satu masa tu pengsan kat sekolah," kata Radzi.


"Ye, mak aku kadang-kadang tidur pukul 3 pagi. Pukul 5 kena bangun masak sarapan pulak. Balik petang terus masak. Kadang-kadang mesyuarat sampai pukul 6 petang," kata Dybhh.


"Ya betul. Aku kadang keliru job scope aku apa benda. Menyelenggara fail, mengajar, lepas tu buku tu nak kena tanda, tak boleh bagi, gagal pulak tu,” kata Memerang.


Sumber: TikTok urlastexxxxxx

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo