Slider

(Video) Remaja khusyuk merempit jadi Superman sampai tak sedar dirakam polis



Tular di media sosial video aksi seorang remaja lelaki menunggang motosikal gaya Superman di lebuhraya sambil disaksikan oleh anggota polis trafik, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Menurut laporan Kosmo, insiden itu berlaku di Kilometer 248, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) berdekatandengan Plaza Tol Jabor, sabtu lalu. 


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebuah kereta peronda Unit Polis Ronda Lebuhraya (EMPV) Zon Timur 4, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ketika itu sedang membuat rondaan dan terserempak dengan remaja terbabit yang sedang menunggang secara berbahaya. 


Suspek yang berasal dari Jengka, Pahang itu turut dilihat melakukan aksi zig-zag secara berulang kali sejauh dua kilometer. 


Ketika melakukan aksi 'Superman', suspek tidak menyedari kehadiran EMPV tersebut dan aksinya dirakam oleh anggota polis trafik. 


Sebaik saja menyedari kehadiran EMPV, suspek bertindak memecutkan motosikal dan enggan berhenti apabila diminta berbuat demikian. 




Suspek melarikan diri menghala ke Plaza Tol Jabor sebelum membuat pusingan U melawan arus menghala ke Kuantan, Pahang. Suspek sekali lagi membuat pusingan menghala semula ke Plaza Tol Jabor sebelum terbabas, lalu terjatuh. 


Di kesempatan itu, suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 itu telah ditahan pada jam 10.30 pagi dan berakhirlah cita-citanya menjadi Superman.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo