Slider

(Video) 'Silap besar ragut Awek Baju Kelawar!' - Cubaan meragut gagal, 2 peragut dirempuh Rider Grab



Tular di media sosial video cubaan dua individu yang menunggang motosikal cuba meragut seorang wanita dalam kejadian malam kelmarin. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 8.22 malam berdekatan dengan Menara Felda FGV yang membabitkan suspek lelaki warga tempatan dan Indonesia. 


Mangsa yang memakai baju kelawar terdahulu dilihat sedang berjalan di ruang pejalan kaki sebelum didatangi dua suspek yang sudah menyasarkan mangsa dari jauh. 


Selepas ketiga-tiganya berjalani melepasi kawasan rakaman kamera litar tertutup, tiba-tiba kelihatan salah seorang suspek berbaju merah cuba meragut mangsa. Bagaimanapun, mangsa enggan mengalah dan berterusan bergelut dengan suspek. 


Kejadian itu disaksikan oleh Rider Grab yang kemudian terus datang merempuh motosikal suspek. Tidak menghiraukan rempuhan itu, kedua-dua suspek masih berusaha melarikan diri tetapi gagal berbuat demikian kerana mangsa masih cuba mendapatkan beg tangannya semula. 


Di kesempatan itu, Rider Grab dan orang awam lain terus segera menghulurkan bantuan membuatkan kedua-dua suspek akhirnya mengalah dan ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis. 



Sementara itu di media sosial, netizen memuji keberanian mangsa yang berani melawan meskipun berisiko dicederakan oleh suspek. Orang awam khususnya Rider Grab yang bertindak merempuh motosikal suspek juga mendapat pujian netizen kerana segera menghulurkan bantuan biarpun motosikalnya terpaksa dirosakkan. 





"Ambik ko kena langgar dengan Rider Grab. Semoga Rider Grab itu dilimpahi rezeki dan dilindungi Allah," kata netizen. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo