Slider

(Video) 'Tak adil, pelanggan yang terlibat dalam video juga perlu dikenakan tindakan' - Darlene



Susulan  tular video pelayan wanita di sebuah restoran di Kampung Saujana, Setiu, yang dipeluk dua pelanggan lelaki pada Julai lalu, wanita itu kini lebih banyak melakukan tugasan di dapur dan kaunter. 


Darlene (bukan nama sebenar), 31, berkata, insiden yang lalu telah menyebabkan dia enggan menjadi pelayan lagi kerana tidak mahu pelanggan mengambil kesempatan yang kemudian dirakam dan ditularkan di media sosial sehingga mengundangkan kecaman orang ramai. 


"Sekarang saya lebih banyak berada di dapur dan kaunter kerana bimbang ada pihak mengambil kesempatan dan curi-curi mengambil gambar dan video," katanya memetik laporan dari Utusan Malaysia, Rabu, 10 Ogos 2022. 


@raranajwa02 Reply to @k_yie0087 kakak dah jadi tukang masak didapur 😂 pelayan semua lelaki . #airbuahdflora #setiuterengganu ♬ Menjemput Rezeki - Sinka Sisuka


Namun Darlene berpendapat, adalah tidak adil pihak berkuasa hanya mengambil tindakan terhadap dirinya. Sedangkan pelanggan lelaki yang terbabit dalam kejadian itu juga perlu dikenakan tindakan undang-undang. 


"Saya rasa tidak adil kerana tindakan juga wajar diambil terhadap lelaki-lelaki yang terlibat dalam video tular itu dan bukan saya seorang," katanya yang turut terkilan. 


Jelas Darlene lagi, semenjak isu itu tular di media sosial, restoran tersebut menerima kehadiran orang ramai yang sekadar mahu datang untuk melemparkan kata-kata caci maki terhadapnya. Walaupun begitu, operasi perniagaan restoran tetap diteruskan seperti biasa.


Mengulas mengenai kesnya, Darlene menjelaskan dia akan mendapatkan khidmat peguam untuk menguruskan kes itu di Mahkamah Syariah, Kuala Terengganu pada September depan. 


Sumber: Utusan Malaysia

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo