Slider

Wanita buat laporan polis dakwa dirinya dirogol, rupa-rupanya suka sama suka

Foto sekadar hiasan sahaja



Sabtu lalu seorang wanita di Johor Bahru membuat laporan palsu kononnya dia dirogol. Namun, tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan dirinya ditahan polis. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita berusia 23 tahun terbabit ditahan pada jam 4 petang Sabtu kerana membuat laporan palsu. 


"Selepas (dia) membuat laporan polis malam tadi (Jumaat), siasatan lanjut dibuat polis hari ini (Sabtu) dengan membawa dia ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan, selain pergi ke lokasi kejadian yang didakwa serta menyiasat lelaki didakwa merogolnya. 


"Lelaki berusia 21 tahun itu tidak mengaku dia ada merogol wanita itu, sebaliknya memaklumkan mereka melakukan hubungan intim secara suka sama suka. 


"Selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku laporan polis dibuat adalah palsu dan alasannya, lelaki itu mahu melakukan hubungan intim lagi, tetapi dia tidak mahu. Jadi, dia ambil keputusan untuk membuat laporan polis mendakwa (dirinya) dirogol," katanya. 


Siasatan awal pihak polis menilai tiada unsur kejadian rogol, malah tiada insiden paksaan atau tanpa kerelaan yang dikesan. 


Ekoran itu, suspek ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu kepada polis. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo