Slider

2 pegawai & 1 anggota polis ditahan SPRM kerana minta rasuah RM180,000



Seorang anggota bersama dua pegawai polis yang didakwa meminta rasuah sebanyak RM180,000 pada bulan lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor. 


Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada seorang ketua bahagian sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor dan seorang inspektor dan sarjan berusia 36 dan 33 tahun disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Kesemua suspek direman selepas SPRM mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari yang dikeluarkan Majistret R Salini bagi membolehkan mereka disiasat lanjut.


Suspek ditahan antara jam 4.25 petang hingga 5 petang semalam di IPD Johor dan dibawa ke mahkamah pada jam 8.15 pagi tadi dengan berpakaian lokap dan tangan bergari sambil diiringi oleh pegawai SPRM. 


Menurut laporan Harian Metro, seorang pemilik kilang kayu berusia 50-an membuat laporan selepas salah seorang suspek meminta wang rasuah sebanyak RM160,000 pada 29 Ogos lalu untuk menyelesaikan kes pengadu dan isterinya yang didakwa terbabit dalam satu kes penipuan. 


Sehari sebelum itu, pengadu mendakwa dia telah menyerahkan wang sebanyak RM20,000 kepada seorang anggota polis wanita untuk tujuan yang sama. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo