Slider

Bapa Puteri Balqis ditahan, telefon bimbitnya turut dirampas polis



Susulan pendedahan pelakon Puteri Balqis mengenai dirinya diganggu secara seksual oleh bapanya, polis telah menahan suspek pada petang Selasa lalu di Kedah. 


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek telah ditahan dan telefon bimbit miliknya juga dirampas untuk siasatan. 


"Suspek ditahan membabitkan dakwaan kes serangan seksual, memiliki bahan lucah dan pengabaian. 


"Telefon milik suspek turut dirampas dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa," katanya memetik laporan dari mStar Online. 


Keputusan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak memiliki rekod lampau. 


Polis telah membuat permohonan reman terhadap suspek sehingga Isnin depan di Mahkamah Majistret Shah Alam. 


Beberapa hari lalu, Puteri Balqis melalui YouTube Bros Gang TV mendedahkan dirinya diganggu secara seksual oleh bapanya. Pendedahannya itu mengundang banyak reaksi orang ramai yang meluahkan rasa simpati terhadapnya. 


Namun, bapanya tampil membuat penafian terhadap semua dakwaan itu dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.  

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo