Slider

'Beli kereta boleh, bayar tol takleh plak?' - Pemandu culas bayar tol ditahan & dipaksa bayar tunggakan tol serta-merta



Sejak dari dulu lagi, ada segelintir pengguna lebuhraya yang enggan membayar tol dan bertindak menceroboh lebuhraya itu dengan pelbagai cara seperti mengekori rapat kenderaan di depan, menceroboh laluan motosikal dan melanggar palang tol sehingga patah. 


Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah menyebabkan kerosakan dan pihak tol terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mengganti palang yang rosak. 


Jika tidak bernasib baik, berlaku kemalangan yang tidak diingini dan jelas perbuatan sedemikian boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna lain. 


Contoh kes yang berpunca dari pengguna culas bayar tol



Bagi membanteras kejadian itu, pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH mengambil insiatif untuk mengesan dan menahan kenderaan yang sering melakukan kesalahan itu. 


Dalam operasi yang dilakukan malam kelmarin, mereka berjaya menahan beberapa kenderaan terbabit di Plaza Tol Keramat, Lebuhraya AKLEH. Dan akibatnya, pemandu berkenaan dikehendaki membuat pembayaran tunggakan tol sebelum dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. 


"Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat malam tadi. 


"Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama. 


"PROLINTAS akan terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuhraya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol," katanya. 


Tindakan pihak PROLINTAS mendedahkan gambar pemandu dan kenderaannya mengundang banyak reaksi netizen yang bersetuju dengan tindakan tegas tersebut. 



"Sepandai-pandai tupai melompat biasa dah kita dengar. Sepandai-pandai menyusup palang tol, pun sama la.. Hahaha!" kata Helm. 


"Beli kereta boleh bayar, tol tak boleh. Ingat buy one free one ke?" kata Piqachhuw. 


"Kalau tol pun sengkek nak bayar, baik kau pakai Axia je la. Tak payah gedik nak pakai kereta besar," kata Nadjwa. 




Sumber: Twitter PROLINTAS AKLEH

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo