Slider

Budak maut tertusuk serpihan kaca selepas terjatuh atas 'coffee table'



Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia gara-gara terkena serpihan kaca di bahagian dada semasa bermain di kediamannya. 


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4 petang di rumah mangsa di Kampung Bukit Changgang, Banting, semalam. 


"Ketika kejadian berlaku, mangsa dikatakan bermain seorang diri. Ibu bapa kanak-kanak itu menyatakan, mangsa melompat di atas sofa rumah dan terjatuh di atas meja kaca di hadapan sofa tersebut. 


"Kejadian itu mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo