Slider

'Kalau tak mampu kawal nafsu, cabut title PU, Imam Muda, Ustaz' - Finaz



Pengacara TV, Finaz Yunus, menyarankan agar pendakwah selebriti melucutkan gelaran PU, Imam Muda, Ustaz jika tidak mampu mengawal nafsu dari terus mencemarkan lagi imej agama Islam. 


Beliau juga bersetuju dengan nasihat Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad, terhadap golongan pendakwah selebriti untuk sentiasa mengamalkan setiap dakwah yang disampaikan, sentiasa bermuhasabah diri, menyedari risiko menjadi individu yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat dan menjaga tingkah laku. 


"Terima kasih YB Menteri Agama. Selaku pengamal media yang sering menerima berita pertama berkenaan salah laku melibatkan golongan agamawan, saya amat berharap galaslah tanggungjawab kalian dengan baik dan penuh amanah. 


"Seandainya tidak mampu mengawal nafsu kalian, tinggalkanlah dan cabutlah title pencetus ummah, imam muda, murrabi, ikon dakwah, ustaz mudir dan sebagainya. Carilah kerjaya lain. 


"Title itu terlalu besar nilai dan tanggungjawab yang perlu dipukul. Anda membawa imej agama Islam. Tidak sekadar populariti dijemput ke sana sini. Cukuplah Islam difitnah oleh musuhnya. Usah kita jadi 'bahan penyedap' buat musuh agama membusukkan lagi nama Islam," katanya. 



Minggu lalu, masyarakat dikejutkan dengan penahanan seorang pendakwah selebriti yang dituduh melakukan amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki yang dikenalinya melalui program motivasi dianjurkan di Selangor dan Negeri Sembilan. 


Sumber: IG Finaz Yunus

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo