Slider

'Lesap duit dalam bank RM5,444, sampai tinggal RM1.97 tu je kau kebas?' - Lelaki termakan pujuk rayu scammer, beri nombor TAC



Hancur luluh hati seorang lelaki apabila mendapati wang simpanannya sebanyak RM5,444 dalam akaun bank lesap begitu sahaja, angkara scammer yang telah memperdayakannya. 


"Lesap duit dalam bank RM5,444. Tidur tak lena mengenangkan duit itu aku baru isi dalam bank, nak (digunakan untuk) bayar sewa kedai, nak bayar itu ini pada 1 haribulan ini. 


"Sebelum duit lesap dalam bank semalam (26 Sept), ada berwhatsapp dengan nombor yang tidak dikenali. Koi betul-betul down laa macam ni," rintihnya di Facebook 13 jam yang lalu selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Pusat Jengka, awal pagi Selasa.


Difahamkan, Muhamad Fairulasni Hamzah, 28, berasal dari Jengka termakan pujuk rayu seorang wanita bernama 'Salina' yang menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp dan meminta nombor TAC dengan alasan tidak sengaja mendaftarkan nombor telefon mangsa sewaktu menjalani urusan di laman mudah.my. 


Berdasarkan gambar screenshot yang dikongsikan, Salina menghubunginya pada jam 11.37 malam dan memujuk rayu agar mangsa memberi nombor TAC yang dipinta. Namun, Fairulasni pada awalnya enggan melayan dan memaklumkan dia tidak menerima sebarang mesej nombor TAC.


Salina tidak berputus asa dan menggunakan alasan dia berniaga dan sekiranya Fairulasni tidak membantu, lebih ramai lagi orang yang akan menghubungi nombor Fairulasni. 


"Saya nak set balik nombor saya dekat Mudah. Sebab kalau saya tak tukar, nanti ramai lagi orang yang buat salah call nombor, semua call nombor encik ni. 


"Saya nak minta tolong dekat cik untuk tunggu mesej mudah.my je. Lepas dapat mesej tu, cik forwardkan kepada saya, macam tu je cik. Pasal saya berniaga susah, sebab nombor dekat mudah.my saya itu nombor cik, bukan nombor saya. Tolong ye, lepas ni saya tak kacau encik," kata Salina. 









Mangsa dipercayai termakan dengan pujukan itu akhirnya menyerahkan nombor TAC tersebut. Dan bermula dari situlah segala wang simpanannya telah dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.


"Nak menangis rasa, nak tergelak pun ada, nak down pun ada. Sampai tinggal tu je kau kebas? Sekurang-kurangnya tinggallah kat aku RM50 ke, RM20 ke," kata mangsa. 


Berdasarkan rekod bank, Salina membuat pemindahan sebanyak lima kali ke tiga akaun bank berbeza yang disyaki akaun keldai untuk mengaburi mata pihak berkuasa. 




Sementara itu, netizen bagaikan tidak percaya mangsa dengan sewenang-wenangnya menyerahkan nombor TAC itu kepada Salina, sedangkan dia langsung tidak mengenali individu berkenaan. 





Sumber: Facebook Fairulasni Hamzah

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo