Slider

'Mangsa dipujuk sebelum dipaksa oleh suspek' - 6 laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti



Polis mengesahkan pihaknya telah menerima enam laporan polis terhadap pendakwah selebriti yang didakwa melakukan jenayah amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki. 


Empat mangsa berusia 17 hingga 18 tahun membuat laporan polis dibuat di Selangor, manakala dua lagi dibuat di Negeri Sembilan.


Difahamkan, kesemua mangsa pernah mengikuti program motiviasi bersama suspek berusia 40-an itu. Walaupun selepas program itu selesai, mereka masih berhubung dan suspek pernah mengajak mangsa keluar bersama, malah pernah dijemput datang ke rumah. 


Suspek juga pernah ke rumah mangsa dan hubungan itu bertambah akrab sebelum remaja terbabit menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh selebriti berkenaan selepas dipujuk dan dipaksa," katanya. 


Bertindak di atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjena Selangor menahan suspek pada jam 4 petang Jumaat lalu.


Suspek direman sehingga 14 September untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo