Slider

Mekanik tekup muka kekasih dengan bantal sehingga mati, berdepan dengan hukuman tali gantung

Foto Kosmo! Online



Lelaki berusia 19 tahun yang didakwa membunuh teman wanitanya berusia 24 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret, Selasa, 30 Ogos 2022. 


Baca: Remaja tekup muka kekasih dengan bantal sehingga mati, tak puas hati mangsa minta putuskan hubungan


Tertuduh, Amirul Amin Amirruddin, yang bekerja sebagai mekanik, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorjidah Mohd. Jusan. 


Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nurul Shahira Abdullah, di rumah lot bernombor 4475, Lorong Haji Mahat, Kampung Sri Pandan pada jam 7.18 petang pada 24 Ogos lalu. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan bersalah. 


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hanis Zulkapli, manakala tertuduh diwakili Peguam Althea Suraya Rahmat. 


Kes akan disebut semula pada 26 Oktober bagi mendapatkan laporan bedah siasat, forensik dan asid deoksiribonukleik (DNA). 


Sumber: Kosmo

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo