Slider

'Memang perut kau busung sampai mampos!' - 9 pelajar IPT rugi RM1,800 ditipu scammer rumah sewa



Hasrat sembilan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menduduki rumah sewa yang telah dibayar tidak kesampaian, apabila 'tuan rumah' menghilangkan diri dengan wang bayaran pendahuluan sebanyak RM1,800. 


Kejadian malang yang menimpa sembilan pelajar IPT terbabit dikongsikan oleh kakak kepada salah seorang mangsa di Twitter pada Khamis lalu, 22 September 2022.


Adiknya yang berusia 25 tahun itu juga telah membuat laporan polis pada jam 12.49 tengah hari, di hari yang sama di Balai Polis Parit Raja.


Menurut laporan, mangsa menemui iklan rumah sewa di laman Facebook pada 14 Ogos lalu menghubungi pemilik nombor telefon 017-9874935. Mangsa kemudian bersetuju dan membuat pembayaran pertama RM500 dan kedua RM400 ke akaun Maybank milik seorang wanita bernama Hajah Rosyatimah Haji Yakob. 


Pada 8 September, mangsa membuat pembayaran ketiga sebanyak RM900 ke akaun RHB milik seorang lelaki bernama Muhamad Farid Hazaz Hj Muhamad Fadzle, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada pihak 'pemilik rumah sewa' adalah RM1,800. Wang RM1,800 adalah hasil kutipan dari sembilan pelajar berkenaan.




Bagaimanapun pengadu berkata, adiknya dan lapan lagi rakannya telah menjadi mangsa penipuan. Hal itu menyebabkan mereka terpaksa mencari rumah sewa yang lain.


"Adik I dengan lapan kawan dia kena scam rumah sewa. Budak-budak nak masuk belajar pun kena scam ye. Nak dapat duit balik, mungkin tak dapat tetapi Muhamad Farid Hazaz, semoga kenyang makan duit haram itu. 




"Kawan-kawan adik I tengah stress nak mencari rumah sewa dalam masa singkat. RM1,800 mungkin tidaklah banyak mana, tetapi student.. duduk jauh pula dari keluarga. Rumah sewa pula kena scam. Dari merpati sampai ke ulat sampah semua kerja nak sakau duit orang. 



"Diorang dah lama mencari rumah sewa, kemudian 14 Ogos lalu dapat positive respond, rupanya false positif," katanya.


Jelas pengadu lagi, suspek menggunakan modus operandi dengan menggesa mangsa membuat pembayaran wang pendahuluan dengan segera atas alasan ada ramai pelajar lain yang mahu menyewa kediaman itu.


"Modus operandinya, dia gesa student bayar depo sebab 'ramai' student lain nak menyewa unit yang dia iklankan. Paling menyakinkan, dia kongsi gambar 'rumah sewa' entah dari mana. Ini bukan kali pertama si Farid Haraz buat kerja haram ni. 




"Kalau nampak nama dia, lari! Jaga keluarga korang, jangan sampai kena sakau Mamat Hazaz," katanya. 







Selepas tweet itu tular, pengadu menerima maklumat mengenai alamat kediaman dan gambar suspek. Dia menggesa suspek tampil bersemuka dengannya untuk menyelesaikan masalah itu. Tetapi sehingga ke hari ini, suspek enggan beri kerjasama. 


Netizen menasihatkan mana-mana pelajar IPT mahupun mereka yang sudah bekerja, perlu berhati-hati apabila mencari rumah sewa. Sebaik-baiknya datang bersemuka dengan ejen atau pemilik rumah sewa dan melihat sendiri keadaan kediaman tersebut sebelum membuat keputusan. 


"Memang banyak orang b uat scam rumah sewa. Modus operandi, sewa murah, suruh transfer deposit cepat sebab ramai duk chat dia nak booking. That why selagi tak pergi tengok rumah, tak pergi tengok kawasan rumah, don't simply transfer duit kat dia," kata netizen. 


Sumber: Twitter @wnnrftn

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo