Slider

Pemandu e-hailing (warga emas) cabul penumpang wanita



Seorang pemandu e-hailing berusia 64 tahun ditahan kerana didakwa mencabul penumpangnya dalam kenderaan dalam kejadian Sabtu lalu di parkir berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 


Lapor Harian Metro, mangsa yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi itu tiba di lokasi kira-kira jam 9.30 pagi dan membuat tempahan kenderaan e-hailing berkenaan. 


Semasa berada dalam kenderaan itu, suspek dikatakan secara tiba-tiba mencabul mangsa, malah turut meminta mangsa melakukan perbuatan jijik, tetapi mangsa enggan menurutinya. 


"Lelaki itu juga memasang video lucah dan memberitahu mangsa bahawa dia kerap melakukan perbuatan seumpama itu dengan penumpang lain, termasuk kanak-kanak," katanya. 


Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa terus keluar dari kenderaan suspek dan membuat laporan polis pada jam 6 petang hari yang sama bagi mengelakkan kejadian itu berlaku pada penumpang lain. 


Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan suspek di kediamannya di Mergong semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo