Slider

'Ramai anak pun, kalau jadi beban masyarakat takde guna juga' - Golongan B40 digesa buat family planning



Timbul perbincangan di kalangan warga maya yang berpandangan bahawa golongan berpendapatan rendah (B40) perlu membuat perancangan keluarga dari menjadi terus bebanan kepada masyarakat di negara ini. 


Menurut laporan Malaysia Dateline, ada yang berkata tiada gunanya beranak ramai dan menganggap perkara itu sebagai rezeki sekiranya anak-anak terjebak dengan masalah sosial seperti merempit, penyalahgunaan dadah dan yang sewaktu dengannya. 


Namun, bagi pengguna Facebook, Quza Ibrahim, tidak bersetuju dengan pandangan itu yang menurutnya soal anak, jodoh, maut dan rezeki adalah perancangan atas kehendak Allah. 


Bagi Ahmad Hamid pula, mereka yang berpandangan bahawa, beranak ramai dalam konteks masyarakat Melayu itu penting bagi mengelakkan bangsa Melayu dari menjadi bangsa minoriti di tanahair sendiri dan sekali gus menjamin kuasa politik Melayu di masa depan. 


Walaupun begitu, netizen lain menolak pandangan sedemikian dengan alasan mana-mana pasangan sewajarnya membuat perancangan keluarga mengikut kemampuan masing-masing agar kualiti anak-anak yang dilahirkan adalah terjamin. 


"Nak membesarkan anak, mendidik anak menjadi orang berjaya dan berguna bukanlah mudah. Kos tanggungan tinggi. Setiap anak nak dibesarkan, disara belajar itu semua menelan belanja ratusan ribu ringgit," katanya. 


Pandangan yang sama turut diutarakan oleh Hairyjehan Borhanudin yang menegaskan betapa pentingnya kualiti berbanding kuantiti agar anak tidak terjerumus dalam masalah sosial. 


"Kena faham kualiti dan kuantiti. Ramai anak sekali pun, kalau merempit, jadi bohsia, terbabit dalam masalah penyalahgunaan dadah, pun masalah juga," katanya. 


Tidak kurang juga berpandangan mempunyai anak yang ramai ada baiknya di mana kehidupan ibu dan bapa di hari tua lebih terjamin sekiranya anak-anak tahu akan tanggungjawab mereka untuk menjaga orang tua.


"Kalau ada 10 anak, seorang bagi RM100, sudah ada RM1,000. Kalau mereka beri RM200 setiap seorang, satu bulan goyang kaki ada RM2,000 dah. 


"Tak salah ada yang berfikiran seperti itu tetapi kalau anak tidak mampu, malah dia pula yang meminta dari ibu bapanya, itu yang mendatangkan masalah. 


"Anak-anak akan ada tanggungan hidup mereka sendiri. Bukan boleh diharap untuk memberi wang belanja setiap bulan kepada ibu bapa," kata netizen. 


Kesimpulannya, netizen berpandangan golongan B40 perlu membuat perancangan keluarga dan mengukur kemampuan ekonomi diri serta bertanggungjawab ke atas setiap anak yang dilahirkan. 


"Ya, semua dalam perancangan Allah tetapi kalau ibu bapa malas bertanggungjawab, susah juga. Kalau dah tahu kita hidup susah, takkan setiap tahun nak buat anak? Kos menjaga anak itu tinggi," kata netizen. 


Sumber: Malaysia Dateline

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo