Slider

Remaja didakwa bunuh kekasih kerana enggan dipaksa melakukan hubungan seks

Foto Kosmo Online



Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki yang dipercayai kekasihnya dalam kejadian minggu lalu. 


Tertuduh, Sim Hui Ying, hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R Salini. 


Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa membunuh Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin pada jam 8 malam, 20 September 2022. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah. 


Menurut laporan Harian Metro, siasatan awal polis mendapati, tertuduh bertindak sedemikian selepas menolak permintaan Yap yang mengajaknya melakukan hubungan seks tanpa kerelaan. Dia kemudian memaklumkan hal itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. 


Sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Disember depan bagi laporan kimia dan laporan bedah siasat. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo