Slider

Remaja masukkan kabel USB dalam kemaluan untuk ukur kedalaman lubang, akhirnya tersangkut



Seorang remaja lelaki terpaksa menanggung kesakitan disebabkan tindakan bodohnya memasukkan kabel USB ke dalam lubang kemaluan.


Mangsa yang berusia 15 tahun itu terdahulu cuba mengukur bahagian dalam kemaluannya (eksperimen seksual pelik) menggunakan kabel pengecas telefon bimbit sebelum kabel itu tersangkut dan tidak dapat dikeluarkan.


Ketika cuba mengeluarkan kabel itu, mangsa mendapati air kencingnya bercampur dengan darah. Panik melihat keadaan itu, mangsa terus dibawa ibunya ke hospital di mana dia mengaku telah memasukkan kabel USB ke dalam kemaluan. 


Pengakuan mangsa membuatkan ibunya kebinggungan seketika sebelum keluar meninggalkan anaknya di bilik rawatan. 


Insiden pelik itu didokumenkan dalam laporan kes urologi pada November 2021. 


Doktor yang menulis laporan dalam Science Direct itu berkata, "Dua port distal wayar USB didapati terkeluar dari meatus uretra luar, manakala bahagian tengah wayar bersimpul kekal dalam uretra. 


"Pesakit itu adalah seorang remaja yang sihat dan cergas, serta tidak mempunyai masalah gangguan mental". 


Doktor bagaimanapun tidak dapat mengeluarkan kabel USB itu kerana terlalu banyak simpulan yang telah terbentuk. Remaja itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kabel tersebut. 


Pakar bedah membuat hirisan di antara kemaluan dan dubur pesakit bagi membolehkan mereka mengeluarkan kabel USB yang ditarik keluar melalui meatus uretra luar. 


Walaupun kes itu sudah lama berlaku dan remaja berkenaan sudah pulih, namun keadaannya masih masih perlu dipantau kerana tindakannya yang memasukkan objek asing ke dalam kemaluannya telah menyebabkan kerosakan, sakit semasa membuat air kecil, darah dalam air kencing dan ereksi yang menyakitkan. 


Difahamkan, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku. Terdapat beberapa kes lain yang membabitkan objek seperti jarum, pin dan juga kulit kacang pistachio, berpunca dari mangsa mengalami gangguan mental, melakukan eksperiman dan kepuasan seksual. 


Kesan dari perbuatan itu, mangsa mengalami komplikasi serius terutamanya jangkitan di saluran kencing berulang, saluran uretra sempit dan sebagainya, yang memerlukan rawatan susulan dan pemantauan jangka masa panjang. 


Sumber: Daily Mail

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo