Slider

'Siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai belum release dari pejabat agama?'



"Jangan patah semangat kerana situasi saya," demikian nasihat Atielia De Sams, bekas isteri kepada seorang pakar saham yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.


Atielia mula menjadi perhatian ramai selepas posting ucapan tahniah kepada bekas suaminya yang baru berkahwin itu dengan wanita idaman, mendapat pelbagai reaksi netizen.


Dalam posting terkini, Atielia memuat naik gambar kenangan dua tahun lalu dan menceritakan usahanya membangunkan syarikat yang pernah dikendalikan bersama pasangan sebelum jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dilucutkan. 


"Kenangan dua tahun lepas. Orang tengah fikir saya ni suri rumah ke? Tidak, saya lulusan MBA, UPM, sayalah bersama-sama Vegarian yang bermula dari bawah, dari company ada lima orang, sekarang menjadi 23 orang. 


"Walaupun tidak besar, tetapi team work yang ada menjadikan kami boleh bersatu hati. Bersyukur saya mempunyai adik-adik dan tenaga kerja yang baik. Bersyukur mereka tidak pernah memberikan saya masalah yang berat. Thank you guys, you all dah bagus dan jangan patah semangat kerana situasi saya. 


"Saya merupakan bekas CEO V*** H****** yang dilucutkan jawatan. Tetapi saya masih lagi menjadi pengarah dan pemilik bersama. Saya dalam proses tuntutan untuk semua perkara. Mohon doakan agar dipermudahkan urusan saya," katanya. 



Sehari sebelum itu, Atielia memuat naik status mengundang persoalan ramai bahawa dirinya masih belum mendapat sijil cerai dari pejabat agama.


"Kalau nikah satu lagi di hotel, saya nak tanya, siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai saya pun belum release lagi dari pejabat agama? Perintah cerai pun belum release," katanya yang sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu berkahwin dengan isteri baharu di Thailand.


Baca: 'Semoga perkahwinan yang berlangsung di Thailand itu berkekalan' - Bekas isteri ucapkan tahniah kepada pakar saham kahwini pelajarnya yang manja



Semakan netizen turut menemui satu posting yang berkongsi mengenai kenyataan suaminya sebelum bercerai, yang dikatakan telah dimungkiri. 


"Jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Siapa kita untuk menidakkan segalanya. Tapi ada lebih besar yang menutup segala ruang kemaafan setelah berkali-kali peluang diberi. 


"Cukup-cukuplah. Semoga Allah membalas semuanya. Berani mempermainkan janji di Madinah dan Mekah. Aku tahu dan Dia Tuhan Yang Maha Mengetahui segalanya," katanya pada kapsyen video tersebut. 


Berdasarkan teks dalam gambar perbualan aplikasi WhatsApp yang dikongsikan, individu berkenaan mengatakan bahawa dia mahu bertaubat dan menjadi suami yang paling soleh serta setia pada isterinya.


"Abang takkan tinggalkan Atie lagi kat office, shopping, masjid atau mana-mana. Abang janji akan sentiasa menjadi pendengar Atie yang baik. Abang nak jadikan ilmu dan ibadah agama prioriti nombor satu dan kekayaan nombor dua di belakang. 


"Abang nak being 200 % transparent semua phone, WhatsApp, emel dan sebagainya agar Atie percaya pada abang. Abang tak nak lagi curang atau menduakan Atie walaupun simple chat atau phone atau sebesar-besar benda maksiat. Abang janji untuk berubah, tak nak marah-marah atau kutuk Atie walau desperate macam mana pun," katanya. 


Walau apa pun yang berlaku, netizen menasihatkan Atielia bertabah menghadapi dugaan itu dan sentiasa kuat demi anak lelakinya, selain mendoakan urusan Atielia sekeluarga sentiasa dipermudahkan. 



Sumber: Facebook Atielia De Sams

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo