Slider

(Video) 2 beradik dirogol sebelum dibunuh & mayat digantung pada pokok



Penemuan mayat dua beradik dalam keadaan tergantung di pokok selepas dirogol, di luar kampung, membawa kepada penahanan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh itu, Khamis lalu.


Polis telah menahan enam suspek yang dikenali sebagai Chotu, Junaid, Suhail, Kamruddin, Arif dan Hafiz. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh, 323 melakukan serangan seksual dan 376 merogol. 



Ketua polis tempatan, Sanjiv Suman berkata, kejadian rogol dan bunuh itu membabitkan dua beradik berusia 15 dan 17 tahun dari komuniti Dalit, etnik terendah dalam sistem kasta Hindu, yang kerap mengalami tahap keganasan seksual di di India. 

Siasatan polis mendapati, suspek pada Rabu, mengumpan mangsa datang ke ladang tebu sebelum diserang secara seksual dan beramai-ramai. Mereka kemudian dibunuh menggunakan kain selendang milik mangsa. 


Ibu mangsa mendakwa, empat daripada suspek telah datang menculik anaknya dari rumah dan membawa mereka ke ladang tebu. Polis bagaimanapun berkata, dua beradik itu mengenali tiga suspek dan ibu mangsa tidak membantah ketika dua anaknya itu keluar bersama mereka.


Kejadian itu mengundang kemarahan ramai dan berpuluh-puluh penduduk tempatan termasuk keluarga mangsa mengadakan protes jalanan bagi menuntut tertuduh dikenakan tindakan tegas. 


Salah seorang suspek utama yang juga merupakan jiran kepada mangsa telah ditahan selepas pertempuran dengan polis yang terpaksa melepaskan tembakan di kakinya.



Hasil laporan bedah siasat mengesahkan, mangsa meninggal dunia disebabkan serangan seksual dan sesak nafas, berdasarkan kesan lebam yang ditemui di bahagian leher serta kecederaan di bahagian dalaman leher.


Menurut jurucakap polis, dua daripada suspek mengaku telah merogol mangsa di ladang tebu sebelum mencekik mereka sehingga mati menggunakan selendang.


"Mereka (mangsa) kemudian mendesak kami berkahwin dengan mereka dan disebabkan itulah kami membunuh dan menggantung mayat mereka di pokok agar ia kelihatan seperti kematian akibat bunuh diri," kata suspek. 




Pada 2021, hampir 32,000 kes rogol dilaporkan di India. Namun, ada pihak yang percaya angka sebenar kejadian kes rogol di negara itu lebih tinggi dan kebanyakannya tidak dilaporkan kerana mereka hilang keyakinan terhadap polis untuk menyelesaikan kes tersebut.


Sumber: AFP, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo