Slider

(Video) 'Dia pasang video 18SGX, ajak Aqish tengok sekali' - Puteri Balqis dedah kisah gelap hidupnya, tapi bapa nafikan semua dakwaan itu



Pelakon, Puteri Balqis, 15, dalam satu temubual bersama YouTuber, mendakwa dirinya pernah didera secara fizikal oleh bapanya hanya kerana dia meminta lelaki itu mengajarnya membaca Al-Quran. 


Selain itu, dia turut mendakwa lelaki berkenaan mendedahkan dirinya dengan bahan-bahan lucah dan dicabul beberapa kali. 


"Dia (bapa) pernah bawa Aqish keluar pergi mamak dengan kawan-kawan dia. Masa tu dah malam, so takde orang dan mamak tu pun nak tutup. Dia (bapa) akan pasang video lucah kuat-kuat bagi semua orang dengar. Dia akan gelak macam tengok kartun dan ajak Aqish tengok sekali. 


"Bila dia marah Aqish, dia takkan bagi Aqish pergi kat mummy. Dia akan cakap mummy jahat. Lepas ayah dengan mummy divorce, dia pernah bagi Aqish telefon tapi dalam tu penuh dengan video lucah," katanya. 



Jelas Balqis, sebelum ini ibunya pernah meminta dia tidak mendedahkan masalah keluarga mereka kepada umum. Tetapi disebabkan dirinya yang sudah semakin dewasa dan sukar memendam perkara itu, lalu memilih untuk membongkar kisah hidup mereka. 


"Aqish nak minta maaf kat mummy sebab Aqish dah tak tahan. Setiap kali nak bagitau, mummy akan suruh Aqish diam sebab tak nak backfire balik kat mummy. Aqish dah tak boleh dah, it's been 15 years," katanya. 


IBU TAMPIL PERTAHANKAN KENYATAAN PUTERI BALQIS


Sudah tentu pengakuan berani mati itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang percaya, tidak kurang juga yang sangsi dan mempertikaikan kenyataan itu. 


Ibu Balqis, Norashikin Mohd Aziz, tampil mempertahankan anaknya dengan mendedahkan penderitaan yang terpaksa ditanggung mereka apabila berkongsi hidup dengan bekas suaminya itu. 


Menurut Norashikin, dia pernah dipaksa lelaki itu untuk bersubahat mencuri motosikal dan ditinggalkan di pondok pengawal keselamatan tempat lelaki itu bekerja, sementara lelaki terbabit pergi melakukan jenayah bersama rakannya. 


"Saya dipaksa berada di pondok guard, dipaksa dan dilayan seperti anjing kurap, ditinggalkan pada waktu malam seorang diri di pondok guard, sementara dia dan seorang lagi rakan menjalankan kegiatan samun dan curi motosikal. 


"Ketika berniaga di Danau Kota, dia pinjam duit Ah Long dan lari. Dalam keadaan mengandung saya terpaksa lari dan hanya tidur dalam kereta. 


"Ketika di Sungai Way, dia paksa saya tidur di dalam satu bilik yang penuh dengan lelaki sedang menghisap dadah sehingga saya muntah teruk, kesan dari asap dadah terlalu banyak. Saya sentiasa berada dalam ketakutan, tiada tepat untuk mengadu dan dia pula bangga 'battle' mabuk dengan kawan-kawannya," katanya. 


Norashikin pernah cuba membuat laporan polis, tetapi sia-sia kerana lelaki itu tidak pernah ditangkap. 








'BAPA' NAFI DAKWAAN PUTERI BALQIS? 


Bagaimanapun, tampil seorang pengguna Twitter yang menafikan dakwaan dua beranak itu di mana dia berkesempatan berbual dengan bapa pelakon berkenaan yang menjelaskan semua dakwaan tersebut adalah tidak benar. 


"Sorry tak boleh nak reveal (buat laporan) di balai mana dan sebagainya. Tapi memang dah ada laporan polis. 


"Saya masih waras dan wallahi, memang tak  terniat atau terfikir saya nak buat dan katakan benda-benda keji itu. Allah Yang Maha Mengetahui segalanya".




Sumber: YouTube Bros Gang TV, Lobak Merah, Twitter Kamal Aziz, Twitter Morosechild

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo