Slider

(Video) 'Diorang terburu-buru keluar dari simpang' - Remaja maut digilis lori ketika berbasikal dengan rakan-rakan



Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut digilis lori ketika sedang berbasikal bersama beberapa rakannya. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 3.05 petang Rabu, 7 September 2022, di Pekan Meru, Klang yang membabitkan mangsa yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Meru. 


Berdasarkan video dashcam yang dikongsikan oleh saksi kejadian menunjukkan, mangsa bersama dengan rakan-rakannya berbasikal keluar dari simpang secara terburu-buru dan terus masuk ke jalan utama. 


Pemandu lori yang dipercayai sedang membawa muatan penuh ketika itu, cuba memberhentikan kenderaannya tetapi tidak sempat berbuat demikian lalu merempuh dan menggilis mangsa. 


Akibat dari kejadian itu, mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian. 


Video kejadian boleh tonton di SINI.


"Penunggang basikal keluar simpang terburu-buru tanpa berhenti dan terlajak ke jalan utama. Lori yang penuh muatan tidak sempat brek dan mengelak menyebabkan lori tersebut menggilis penunggang basikal," kata sumber. 


Video kejadian itu tular di media sosial dan netizen berpendapat pemandu lori berkenaan tidak bersalah walaupun ada segelintir yang menganggap kejadian itu berpunca dari pemandu lori gagal memberhentikan kenderaannya. 


"Pemandu lori itu tak bersalah. Dia dah cuba brek. Nampak sangat lori tu dah cuba mengelak ke kanan. Brek lori bukannya sama seperti brek kereta biasa yang memerlukan jarak untuk melakukan brek kecemasan terutamanya apabila membawa muatan," kata netizen. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo