Slider

(Video) 'Kalau ini family aku, memang aku tak mengaku' - Netizen kecam keluarga bentang tikar makan di KLIA



Tular video di media sosial yang menunjukkan beberapa individu dipercayai keluarga membentangkan tikar untuk duduk di lantai sambil makan makanan yang dibekal di ruangan menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. 


Video yang dikongsikan di TikTok Naim Gadget itu bagaimanapun dipercayai telah dipadamkan susulan menerima banyak reaksi negatif netizen. 


Berdasarkan video, lima individu terbabit langsung tidak menghiraukan orang sekeliling dan seakan-akan berkelah di tepi pantai sambil menikmati juadah makanan yang dibawa dari rumah. 



Perbuatan mereka itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengatakan perbuatan itu tidak salah dan sewajarnya dianggap sebagai 'happy moment' keluarga berkenaan. 


"Tak menjadi kesalahan. Nak tak nak je, nak malu apa? Negara kita, rezeki kita," kata Nor Azhar Aai. 


"Even negara lain pun ada buat macam ni. Ada je benda nak ejek," kata Lingkesvaran Maniam. 


"Happy Moments, semoga dipermudahkan urusan anda semua sekeluarga," kata Zizi Noh. 


Bagaimanapun, ramai yang mengkritik di mana perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan. Bukan sahaja memalukan, tiada adab di tempat awam, tiada common sense, dan tidak patut diamalkan. 


"Sejak bila KLIA tu jadi rumah mereka sendiri sampai boleh makan full course meal atas lantai?" kata Rohafizan Wan. 


"Kalau sikit-sikit boleh lagi. Ini siap berperiuk, tahlah.. kang cakap lebih-lebih lain pula," kata Syed Muhammad. 


"Takde food court ke kat KLIA yang gah tu? Kalau ini family aku, memang aku tak mengaku. Buat malu je," kata Kidam Jusoh. 


Sumber: B40 buat perangai apa harini

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo