Slider

(Video) Lelaki panah anjing sampai mati di Wangsa Maju, diburu polis



Tular di media sosial seorang lelaki nekad memanah seekor anjing liar sehingga mati dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Wangsa Maju. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu, tetapi pihaknya sedang mengesan suspek terbabit. 


"Tiada kertas siasatan dibuka setakat ini. Jika (suspek) dapat dikesan dan ditangkap, kita akan jalankan siasatan atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang.


"Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku pada 21 September di sebuah residensi di Wangsa Maju," katanya. 


Difahamkan, video itu ditularkan oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) selepas menerima maklumat dari orang awam. 



Saksi mendakwa dia ternampak suspek mengambil busur dan anak panah sambil mengekori seekor anjing terbiar sebelum bertindak memanah haiwan itu sebelum beredar dari lokasi kejadian. 


Saksi kemudian mencari haiwan itu dan mendapati anjing berkenaan sudah tidak bernyawa dengan anak panah tertusuk di bahagian kepalanya. 


Sumber: Kosmo, SAFM

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo