Slider

(Video) 'Nenek kau dah mati!' - Warga emas mati dicekik cucunya selepas dicabar oleh 3 rakan



Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah ditahan kerana mencekik neneknya sehingga mati dalam kejadian yang berlaku di Lalatun, Bandar Heilongjiang di China. 


Video kejadian (klik sini) yang tular di media sosial itu menunjukkan, kanak-kanak itu merangkul kuat leher mangsa yang terdahulu bertindak memukulnya. 


Difahamkan, suspek tinggal berdua dengan mangsa, sementara ibu bapanya bekerja di luar negara. Pada hari kejadian, suspek telah dicabar oleh rakan-rakannya untuk berdepan dengan mangsa dan kejadian itu turut dirakam sebelum dimuat naik ke laman Weibo dan seterusnya tular di serata platform media sosial.


Berdasarkan video itu, mangsa dilihat memukul suspek sambil memegang sebatang kayu yang dipercayai rotan. Suspek kemudian membalas dengan tumbukan di perut dan dalam masa yang sama cuba merampas kayu dipegang oleh neneknya. 


Suspek segera merangkul leher mangsa, lalu ditarik sehingga terjatuh ke lantai. Mangsa sedaya upaya cuba melepaskan diri biarpun terpaksa bergelut dengan cucunya itu dan memukulnya beberapa kali menggunakan selipar. Malangnya, usahanya tidak berjaya sebelum dia berhenti bergerak. 


Hal itu membuatkan rakan suspek yang sedang merakam video menggunakan telefon bimbit, meminta suspek berhenti dan melepaskan mangsa, sambil bergelak ketawa di belakang kamera. 


Tetapi permintaan itu tidak diendahkan dan suspek berterusan merangkul leher neneknya dengan kuat dan menegaskan dia selalu dipukul dan dituduh berkelakuan nakal oleh mangsa. 


Bimbang melihat mangsa yang sudah tidak bergerak, rakannya sekali lagi memujuk suspek untuk berhenti dan berkata, "Dia tak akan pukul awak lagi.". Namun, suspek tetap tidak mengendahkan. 


Sehinggalah datang seorang wanita yang dipercayai ibunya memukul suspek berkali-kali dan memaklumkan,  "Nenek kau dah mati! Nenek kau dah mati!". Hal itu membuatkan suspek terkejut, lalu melepaskan mangsa dan merayu agar warga emas itu segera bangun.


"Nenek, bangun. Bangunlah nenek!" rayu suspek.


Video itu berakhir dengan suspek merayu berulang kali agar neneknya bangun semula dan dalam masa sama suspek dirontan oleh ibunya tanpa henti.



Susulan kejadian itu, suspek bersama dengan tiga lagi rakannya yang terbabit dalam kejadian itu telah ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo