Slider

(Video) Nizar samakan pemenjaraan bapanya (Najib), sama seperti yang dilalui Nabi Yusuf & Nelson Mandela



Nizar, anak kepada bekas perdana menteri Najib Razak, berkata apa yang berlaku terhadap bapanya itu mungkin ada hikmahnya dan menyifatkan perkara itu mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui Nabi Yusuf dan tokoh anti-aparteid, Nelson Mandela. 


"Mungkin ini adalah cara Allah subhanahuwataala untuk angkat darjat ayahanda dengan lebih tinggi. Itulah yang berlaku kepada Nabi Yusuf yang dipenjarakan atas tuduhan palsu. Apabila bebas, baginda diangkat sebagai menteri berkuasa lagi bijaksana di Mesir. 


"Itu yang berlaku kepada Nelson Mandela yang menentang dasar aparteid apabila bebas, beliau diangkat sebagai Presiden Afrika Selatan yang berjaya menyatupadukan orang kulit putih dan bangsa Afrika. 


"Yang pasti, tuhan tidak akan uji lebih dari kemampuan kita untuk hadapinya," katanya dalam acara setiakawan dengan Najib di kawasan Parlimennya di Pekan, kelmarin. 



Mengulas mengenai kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14, Nizar mengakui ramai yang menganggap karier politik bapanya sudah berakhir. Namun sangkaan itu meleset sama sekali di mana bapanya bangkit semula selepas diaibkan satu dunia. 


"Ramai yang berpendapat, karier politik ayahanda sudah habis terkubur.  Tetapi sangkaan itu meleset sama sekali. 


"Tidak ramai yang boleh bangkit semula selepas diaibkan satu dunia. Dengan tekanan bertubi-tubi di mahkamah, dengan tekanan daripada LHDN, macam-macam tekanan yang dikenakan. 


"Kalau orang lain yang menghadapi situasi yang sama, barangkali boleh menjadi gila dan koma selama berbulan-bulan," katanya. 


Nizar kini dispekulasi bakal menggantikan tempat bapanya sebagai calon BN Pekan di pilihan raya umum ke 15. 


Sumber: MalaysiaKini

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo