Slider

(Video) 'Tak payah nak rakam-rakam lagi anjing!' - 50 minit tunggu, rider tanya bila order siap, peniaga maki & baling dengan botol sos



Tular di TikTok, seorang peniaga wanita melemparkan kata-kata kesat dan caci maki terhadap penghantar makanan yang didakwanya tidak boleh bersabar. 

Video berdurasi hampir seminit itu menunjukkan, wanita terbabit menghamburkan kata-kata kesat terhadap pengadu di hadapan beberapa pelanggan dan penghantar makanan yang lain dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Cheras.


Difahamkan, pengadu telah lama menunggu peniaga itu menyiapkan pesanan pelanggan. Namun, kira-kira 50 minit sudah berlalu, pesanan tersebut masih belum disiapkan membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada peniaga bila pesanan pelanggannya akan disiapkan. 


Berang dengan pertanyaan pengadu, peniaga 'naik angin' dan memarahi pengadu disusuli dengan kata-kata kesat "F**k you!". Menyedari pengadu membuat rakaman video, dia terus berang lalu membaling botol sos ke arah pengadu. 


Pengadu: "Sudah 50 minit, bukan tak tunggu"


Peniaga: "Tu banyak rider Grab pun, takde kecoh macam kau!"


Pengadu: "Apa kecoh? Sudah 50 minit saya tunggu?"


Peniaga: "Tak payah nak rakam-rakam lagi! (Baling botol sos) Anjing! Kau nak rakam lagi ha!


@tiktokgraphyofficial behave ye kak..rider kejar oder, tanya pun salah ke 😔 #viral #tiktokviral #foodpanda #shoppefood #grab ♬ original sound - Suprie Belenyon


Tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati beberapa individu di lokasi kejadian yang kemudian menasihatkan dia untuk bertenang dan tidak bertindak di luar batasan. 


"Biasa saya dah tahu perangai dia, so saya pun tak bising. Ni tanya jer, cakap saya kecoh. Lagipun saya tanya je sebab order belakang rider number 604 sudah siap. Nombor saya 603 dah siap ke belum? Dia dah mengamuk, dah tinggikan suara. Saya sound baliklah dia," kata pengadu.




Di media sosial, netizen mengecam sikap panas baran yang ditonjolkan wanita berkenaan. Malah, mereka turut menggesa orang ramai memboikot peniaga tidak beradab seperti itu.

"Saya pun vendor. Kalau rider dah berderet tunggu, memang risau sangat. 50 minit dah boleh dapat 3 ke 4 order bagi diorang," kata Selyna. 


"Nasib rider bang. Tanya order kena marah, hantar makanan lambat pun kena marah. Entah siapa yang salah," kata Rayd. 


"Aduhai kak, saya pun berniaga. Tertunggu-tunggu order masuk dari Grab atau Panda. Dapat satu pun Alhamdulillah. Akak berderet orang tunggu, akak layan diorang macam tu pulak," kata Anggerik. 


Sumber: TikTok Panda_Rider

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo