Slider

Wanita penggal kepala ibu, masuk dalam periuk sebelum lapah daging kakinya



Seorang wanita didakwa nekad memenggal kepala ibunya dan dimasukkan ke dalam periuk, dalam pembunuhan bermotifkan dendam.


Tugce Sayin, 35, dituduh memenggal kepala ibunya, Sevilay Palabiyik, dan melapah daging kaki kiri mangsa dalam kejadian yang berlaku di rumah keluarga itu di Istanbul. 


Siasatan awal mendapati, juruteknik perubatan kecemasan itu membunuh warga emas berusia 67 tahun berkenaan selepas mangsa dikatakan enggan menandatangani dokumen penyerahan pemilikan rumah pangsapuri kepadanya.


Suspek kemudian cuba menghapuskan mayat ibunya pada 24 Mei 2021, di mana Tugce mengheret mayat mangsa ke dalam bilik air sebelum dipotong dan melapah dagingnya. 


Perbuatan Tugce terbongkar setelah jiran mendapati mangsa tidak dapat dihubungi, lalu segera meminta bantuan dari polis. 


Beberapa anggota dan pegawai polis datang dan menekan loceng pintu, tetapi Tugce enggan membenarkan mereka masuk. Hal itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menggunakan kekerasan disebabkan suspek enggan memberi kerjasama.  


Ketika disoal siasat, Tugce memberitahu ibunya masih belum pulang dan dia tidak mengetahui di mana ibunya berada. 


Tidak beberapa lama selepas itu, Tugce akhirnya membuat pengakuan dan berkata, "Saya dah bunuh ibu, mayatnya ada di bilik mandi". 


Pemeriksaan di bilik mandi menemukan mayat mangsa telah dipotong kepada beberapa bahagian dan daging kaki kirinya telah dilapah. 


Semakan rekod mendapati, mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap Tugce yang dikatakan telah melakukan ugutan bunuh terhadap ibu kandungnya sendiri.


"Anak perempuan saya, dia nak bunuh saya. Mula-mula dia mengambil gelang saya, kemudian dia meminta rumah itu. Dia mengancam saya dengan pisau," katanya dalam laporan tersebut. 


Bagaimanapun, Tugce menafikan dakwaan itu dan berkata, "Saya menghidap skizofrenia, ibu yang menyerang saya dan dia gunakan sihir". 


Institut Perubatan Forensik mengesahkan Tugce menghidap masalah mental dan telah dihantar ke pusat rawatan mental. Walaupun begitu, dia akan diperintah untuk hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraannya. 


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo