Slider

Warga emas telan 55 bateri, 5 berjaya dikeluarkan & bakinya tersangkut atas tulang kemaluan



Semasa melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital, seorang wanita didapati mempunyai puluhan bateri pakai buang di dalam perut dan punggungnya. 


Kakitangan perubatan di Hospital Universiti St. Vincent di Dublin mendedahkan bahawa, pesakit berusia 66 tahun itu mempunyai 55 bateri pakai buang di dalam badannya. 


Perkara itu diketahui selepas mereka melakukan x-ray terhadap pesakit berkenaan bagi mengenal pasti bendasing yang berada dalam badannya. 


Wanita itu bernasib baik kerana saluran gastroususnya tidak terhalang dan doktor berharap dia dapat mengeluarkan bateri itu secara semulajadi. 


Menurut laporan dalam Jurnal Perubatan Ireland, wanita terbabit berjaya mengeluarkan lima bateri AA pada minggu pertama, tetapi yang selebihnya tersekat. 


Apabila dia mula mengalami kekejangan perut, doktor menyedari perutnya yang buncit tergantung di atas tulang kemaluan kerana berat bateri. 


Pakar bedah kemudian membedah dan mengeluarkan 46 bateri dan 4 lagi bateri tersekat di dalam kolonnya sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan kaedah lain. 


Ini menjadikan jumlah keseluruhan bateri yang ditelan oleh wanita itu adalah 55 bateri AA dan AAA. 




"Menurut pengetahuan kami, kes ini mewakili bilangan bateri tertinggi yang dilaporkan ditelan pada satu masa," kata artikel dalam jurnal tersebut. 


Walaupun kejadian itu mengundang banyak persoalan ramai, laporan itu memberi amaran bahawa perbuatan seperti itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri terutamanya kecederaan parah di bahagian dalaman yang tidak boleh dipandang remeh. 


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo