Slider

'Yang menghina (filem Mat Kilau), nak kata asas ilmu perfileman pun tak ada' - Finaz Yunus



Sejak mula ditayangkan di platform Netflix, filem Mat Kilau menerima banyak kritikan negatif yang mengganggap penonton di pawagam sebelum ini memberikan penilaian yang keterlaluan kepada filem arahan Syamsul Yusof itu.


Tidak kurang juga, peminat filem berkenaan tampil membidas golongan 'baru menonton di Netflix' ini sebagai lemah dalam menghayati mesej yang ingin disampaikan dalam filem tersebut. 


Isu yang dibangkitkan ini turut menarik perhatian pengacara Finaz Yunus, yang kurang setuju dengan tindakan pengkritik yang mengkritik sehingga menghina.


"Bukan mudah Malaysia ni nak buat filem berunsurkan patriotik dan mendapat sambutan luar biasa daripada rakyatnya sendiri. Bila ada orang filem buat dan sambutan yang diterima amatlah memberangsangkan daripada rakyat hingga kelas-kelas silat penuh dengan pendaftaran baru golongan beliau, berbondong-bondong juga hinaan dan kritikan untuk menjatuhkan diterima. 


"Yang menghina ini, ilmu perfileman pun.. nak kata asas pun tiada. Bukanlah nak kata tidak boleh mengkritik, namun biarlah kritikan itu konstruktif tanpa nada memerli dan menghina," katanya. 


Jelas Finaz lagi, sehebat-hebat filem seperti Topgun: Maverick juga mempunyai kekurangannya tetapi apa yang perlu dihayati itu adalah apa yang hendak disampaikan dalam sesebuah filem tersebut. 


"Mana ada filem yang sempurna. Topgun: Maverick pun banyak yang entah apa-apa daripada sudut pandangan saya. Tapi yang perlu kita highlight adalah mesej yang ingin disampaikan," katanya. 


Walau bagaimanapun, Finaz bersetuju dengan kritikan bahawa terdapat kelemahan pada skrip yang baginya terlalu gopoh.



"Saya pun punya pandangan, terdapat kelemahan skrip, conti, jalan cerita yang macam nak cepat habis. Namun saya amat hargai usaha penerbit, pengarah serta semua kru filem Mat Kilau dalam memahamkan rakyat tentang perjuangan mempertahankan tanahair daripada si penjajah. 


"Filem ini tepat pada masanya. Saat belia lupa asal usul pembentukan Malaysia," ujarnya. 


Sumber: IG Finaz Yunus

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo