Slider

'Ada sesiapa nak sponsor saya nikah ko? Dapat RM80,000 pun Alhamdulillah' - Si Dungu nak berpoligami minta tajaan dari isteri & 12 beradiknya

Foto sekadar hiasan sahaja


"Apa perasaan seorang isteri apabila suami minta duit untuk kahwin lain, seolah-olah isteri tiada harga diri begini?" demikian soalan yang tertera pada video tular sebelum dipadamkan. 


Sejak tiga hari lalu tular di media sosial beberapa gambar tangkap layar perbualan WhatsApp yang menunjukkan seorang lelaki meminta isteri dan 12 adik beradiknya memberi menyumbang kira-kira RM4,000 hingga RM5,000 setiap seorang (kecuali isteri) sebagai tajaan majlis perkahwinan bersama bakal isteri kedua. 


Lelaki yang hanya dikenali sebagai Si Dungu itu terdahulu menghantar mesej kepada isterinya untuk meminta tajaan kira-kira RM10,000 atau RM20,000. 


"Awak nak sponsor apa suami awak nikoh ni? Awak kan T20 (Golongan berpendapatan tinggi), jutawan. Nak kasi 10K ko 20K untuk suami nikah nie. Suami nak ikut syariat Islam nie, nak halalkan lelaki perempuan secara sah supaya mendapat reda Allah," katanya. 


Si Dungu itu kemudian meminta tajaan daripada 13 adik beradiknya tanpa sebarang perasaan malu. 


"Ada sesiapa nak sponsor saya nikah ko. Dapat RM4,000-RM5,000 sore takpo doh. Nak halal seorang perempuan nie ikut syariat Islam. 


"Kalau sore kasi RM4,000 atau RM5,000 sore, adik beradik ada 13 ore, tolok ambo sore, jadi 12 ore sponsor. Pakatan adik beradik ore kata. Yang T20 ke atas tue kasi lebih takpo. 


"12 orang x RM4,000 = RM48,000 atau 12 x RM5,000 = RM60,000 sponsor dari adik beradik. Okay daa, Alhamdulillah. Ikutlah nak kasi RM4,000 ko RM4,000. Boleh belako, janji halal," katanya. 



Salah seorang adik beradiknya berseloroh bahawa lelaki itu hanya menggunakan alasan mengikut syariah, tetapi sebenarnya mahu 'celup-celup' sahaja. Namun, Si Dungu membalas, dia 'celup-celup' mengikut syariah. 


"Islam nie kan mudah, indah. Ikut Islam ajar, batasan lelaki perempuan dihalalkan oleh pernikahan," katanya. 


Si Dungu turut berkongsi gambar tangkap layar dia meminta tajaan dari isterinya. Tetapi tindakannya itu ditegur oleh adik beradiknya yang meminta dia tidak menyakiti hati isteri. 


"Sakit apo, benda molek, buke buat karut. Ikut syariah, nak halalkan wanita secara sah dan undang-undang Malaysia," balasnya. 


Tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati salah seorang adik beradiknya yang tampil meminta dia berhenti dari membincangkan perkara itu dalam group WhatsApp. 


Kecewa dengan teguran itu, Si Dungu merajuk dan memohon maaf kepada semua. Namun sempat berkongsi ketidakpuasan hatinya dalam group itu. 


"Ok.. ok, baik. Minta maaf semua. Bila nak halal, nie la dugaan cabaran dari adik beradik orang yang paling rapat. Sepatutnya adik beradik support sebab sunah poligami. Sabar itu indah.. dugaan bila nak amal Islam. 


"Okay, dahlah isu ni. Masing-masing punya kefahaman agama semua nie. Maaf ye semua tetapi inilah yang hak. Yang hak itu hak, yang batil itu batil. Ikut ajaran agama seperti yang ditunjukkan oleh nabi kita," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen tidak menolak lelaki itu hanya sekadar mempergunakan agama untuk mencapai keinginannya. Sedangkan dia sebenarnya tidak mampu sehingga terpaksa mengemis wang tajaan dari isteri dan 12 adik beradiknya. 


"Si bongok ni, dia yang gatal nak celup-celup, orang lain yang kena sponsor? Salah satu syarat berpoligami adalah mampu. Hang tu tak mampu!" kata Huda. 


"Pergh! Another level tunggang agama. Disebabkan alat sulit kau yang kebulur perempuan, siap main agama and dengan tidak malunya minta duit banyak-banyak macam minta pinjam 50 sen nak beli kuih. Dari kau share dalil itu ini, baik kau cari dalil poligami betul-betul," kata Razzi.


"Dahlah miskin, minta sponsor pula. Ini belum tengok uka lagi. Muka macam **** ada hati nak kahwin pastu ikut sunah. Pe ******! Kau ingat kau hensem ke lahanat?" kata Lala. 


"Dia tahu tak hukum nikah ada lima. Salah satunya, haram bernikah jika tidak berkemampuan. Kalau nak bernikah pun dah tak mampu, nafkah nak poligami itu rasanya lagi jauh dari mampu," kata Fadilah. 




Sumber: Twitter Kertas Graf

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo