Slider

'Anak kau ni sial la! Aku libas-libas je dia ni' - Budak lelaki disyaki didera bapa, ibu buat laporan polis tetapi...



Tular di media sosial gambar seorang kanak-kanak lelaki dengan kesan berbirat dipercayai menjadi mangsa dera bapanya. Mangsa telah dipukul oleh suspek menggunakan objek seperti penyangkut baju yang meninggalkan kesan ketara di bahagian belakang badannya.

Menurut ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Meera berkata, dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut pihak berkenaan. 


Ekoran itu, suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan. 


Meera datang ke balai untuk membuat laporan polis



Berita mengenai pembebasan lelaki itu mengundang rasa kurang senang ibu kepada dua anak berkenaan yang nekad mencari keadilan untuk anaknya yang telah menjadi mangsa dera. 


"Aku memang panas dengar dia bebas jamin mulut. Takpe, aku buat cara aku sampai anak aku ada keadilan buat aku!" katanya. 


Berdasarkan klip audio yang dikongsikan, suspek mengakui dia memukul mangsa hanya kerana kanak-kanak itu membuka pintu ketika suspek sedang baring.


"Wei dia ni p****** la dia ni kau tau tak? Kau sakit tak?! (mangsa jawab, 'sakit..sakit'). Gigi kau dah berdarah tau, bab*! 


"Anak kau ni sial la Meera. P****** la dia ni. Kau tau tak, dia ni sial la dia ni. Aku libas-libas je dia ni. Babi gila dia ni. 


Untuk mendengar klip audio suspek, slide ke kiri


"Aku tengah baring, dia boleh buka pintu pula (bila) orang panggil. Pukimak la dia ni.. Emm!!! (pukul mangsa sekali lagi)," katanya. 


Difahamkan, mangsa dan adik perempuannya kini berada di bawah jagaan ibu mereka. 


Mangsa menemani ibunya membuat laporan polis



Di media sosial, netizen bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap suspek.

"Kesian budak tu, disebabkan buka pintu, buat (pukul) anak sampai macam tu sekali. Pukul anak di masa tengah baran, bukan pengajaran untuk dia. Semoga ada keadilan untuk awak," kata Nurul. 


"Bodohnya bapak, harap adik ni bila dah besar nanti, kau cari balik bila bapak kau dah tua. Kau hanger dia cukup-cukup!" kata Khaeryl. 


"Macam ni punya kes pun boleh lepas jamin mulut eh? Betul-betul akhir zaman, ramai lagi jadi bodoh," kata Dnial Harith. 


"Meera tak ayak dapat suami macam tu. Lawan kes ini, jangan menyerah. InshaAllah ada yang lebih baik nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan," kata Hakimi.


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo