Slider

'Azal bukan orang gila!' - Anak Zarina Zainuddin kesal, individu tak bertanggungjawab edit info mengenai dirinya di Wikipedia



Umum mengetahui, pelakon Zarina Zainuddin, 51, mempunyai sepasang anak kembar yang menghidap autisme dan saban hari berkongsi mengenai mereka di media sosial. 


Menjaga anak autisme bukanlah semudah yang disangka dan sudah tentu ibu bapa dan ahli keluarga lain perlu mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menjaganya. 


Pendedahan mengenai autisme juga telah banyak didedahkan kepada umum agar tidak timbul persepsi negatif terhadap golongan istimewa ini yang juga merupakan sebahagian daripada masyarakat. 


Baru sebentar tadi, salah seorang anak kembar Zarina iaitu Azal, memuat naik gambar tangkap layar dari laman Wikipedia yang memaparkan maklumat yang tidak benar mengenai dirinya. 


Azal, 26, mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh individu bernama Nik Ahmad Ridhwan, secara tidak langsung telah menimbulkan fitnah dan penghinaan terhadap dirinya. 


"Saya akan memburu lelaki ini! Azal bukan orang gila. Azal jaga ibu dan abang," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut. 



Berdasarkan gambar itu, Azal dan abangnya, Azil, dituduh sebagai gila, tantrum, psiko, jelek dan hitam. Kembar itu juga dikatakan tidak pernah bersekolah dan tidak pandai berbicara. Lebih teruk lagi, individu yang tidak bertanggungjawab itu menuduh kembar berkenaan pelik dan gay. 




Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa terkejut dan meminta Azal banyak bersabar. Selain itu, mereka menasihatkan Azal membuat laporan polis agar individu terbabit dikenakan tindakan undang-undang. 





Sumber: Instagram Azal Azrai


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!
none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo